Sunday, June 6, 2010

CUTI LAGI.....

Kepada anak-anak SAKTI, selamat bercuti pertengahan tahun 2010.Lakukanlah aktiviti-aktiviti yang bermanfaat sepanjang cuti kali ini. Kerja rumah yang dibekalkan siapkan segera. Jangan sampai dimarahi guru bila naik sekolah nanti. Anda anak cemerlang. Agihkan masa antara melakukan kerja-kerja sekolah dengan membantu ibu bapa di rumah. Jangan menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah apatah lagi yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan diri.

Friday, June 4, 2010

KELUARGA 69


Keluarga 69...sentiasa ceria


Mentor-Mentee merupakan program sokongan pengurusan Hal Ehwal Murid yang wajib dilaksanakan di semua SBP. Idea asal program ini ialah mengawasi dan menyelia pelajar secara kumpulan kecil dalam semua aspek kehidupan anak-anak di sekolah dan asrama. Setiap pelajar boleh memilih mentor daripada kalangan guru termasuk pengetua dan barisan pentadbir yang lain.
Keluarga 69....menikmati hidangan sambil menyelusuri Sg Lebam, menikmati pemandangan.

Keluarga 69 merupakan salah satu daripada 53 mentor-mentee yang yang terdapat di SAKTI. Dikepalai oleh Penolong Kanan HEM dengan ahli seramai 10 orang pelajar tingkatan 5 iaitu Faez, Shahrezza, Ezroy, Razif, Amirul, Noraizat, Saifudin, Aishah, Rafidah, Nurizzati dan Nor Bahiyah. Perkembangan akademik, sahsiah, emosi, dan kekeluargaan anak-anak ini adalah dibawah pengetahuan dan bimbingan mentor. Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan anak-anak Keluarga 69 tidak berasa tertekan atau bosan berada di bumi SAKTI. Kepada anak-anak Keluarga 69.....anda adalah bakal pemimpin yang lahir dari bumi SAKTI.

Keluarga 69 ...saling menghargai