PROJEK KHAS .........lari atau mati
07 JULAI- Seramai 4 orang pelajar SAKTI telah terlibat dalam Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh 2010 Peringkat Kebangsaan. Kolokium ini telah berlangsung pada 07 hingga 10 Julai 2010 di Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka. Sepanjang kolokium tersebut, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai program yang diatur khusus untuk memberikan motivasi dan semangat kepada anak-anak Projek Khas seluruh negara. Antaran programnya ialah Bicara Tokoh Bersama Y.B Tan Sri Samsudin bin Hitam, Forum Melastarikan Kecemerlangan oleh Kolonel Prof. Dato’ Dr Hj Kamarudin Kachar, Prof. Madya Datuk Abu Bakar bin Diah dan Tan Sri Prof Dr. Ibrahim bin Abu Shah.