Sunday, October 10, 2010


REBUTLAH LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA:

MUDA SEBELUM TUA

SIHAT SEBELUM SAKIT

KAYA SEBELUM FAKIR

MASA LAPANG SEBELUM MASA SEBUK

HIDUP SEBELUM MATI

SEKILAS BERITA: SAMBUTAN HARI RAYA SAKTI


Antara tetamu ....AJK PIBG Sakti


Menikmati sajian

Ally...jurugambar yang meninggalkan tugas untuk makan....



Beratur......jangan risau makanan mencukupi

Pada 25 Oktober 2010, telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SM Sains Kota Tinggi. sambutan ini diadakan di perkarangan rumah ayahanda pengetua. Pelbagai hidangan disajikan kepada para tetamu. Kepada semua yang terlibat, terimah kasih atas segala penat lelah. Maaf Zahir dan Batin.




Tuesday, September 7, 2010

SEKILAS BERITA : TADARUS DAN KHATAM ALQURAN 2010





...semoga amalan kita diterima




Tuan Pengetua menyampaikan sumbangan anak yatim/miskin



En Nor Khairi dan Ustaz Ikhsan turut serta dalam tadarus kumpulan guru.



Sempena Ramadan tahun ini SM Sains Kota Tinggi telah berjaya menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bertempat di Surau Al-Jawahir. Majlis tersebut telah diadakan pada 02 September 2010 bermula pada jam 4.30 petang. Majlis pada hari tersebut turut dihadiri oleh tuan pengetua , guru-guru SAKTI dan YDP PIBG serta beberapa AJK. Pihak sekolah turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim/ miskin yang menuntut di SAKTI. Kepada semua yang terlibat khususnya para dermawan, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih.





Tuesday, August 17, 2010

SEKILAS BERITA : .....FAIL BARU







contoh kegigihan guru untuk memperoleh yang terbaik ....tahniah
Pada 14 Ogos 2010 yang lalu guru-guru SAKTI telah 'bergotong royong' mengemaskini fail mengikut sistem sebagaimana yang dikehendaki. Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua guru amat memberangsangkan. Fail-fail baru yang lebih kemas dan bersistem telah terhasil. Tahniah dan terima kasih cikgu...




SEKILAS BERITA: SERONOKNYA BERPUASA DI ASRAMA

Berpuasa di asrama menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh anak-anak cemerlang SAKTI.
Keseronokan menikmati juadah berbuka sedikit sebanyak akan mengurangkan rasa rindu pada ibu dan ayah serta kampung halaman. Tidak cukup dengan sajian yang disediakan oleh pihak dewan makan, akan-anak SAKTI akan memujuk, merayu malah ada kalanya 'mengerah' guru-guru atau warden untuk ke bazar Ramadhan di sekitar Bandar Penawar, Adela, Sg Mas, atau Kota Tinggi. Terima kasih kepada semua termasuk Hidang Enterprise yang menyediakan sajian untuk akan-anak SAKTI.


nikmatnya berbuka...



Tak cukup?...........seru saja nama warden, Insyallah dapat tambah. Yang penting jangan membazir!!!


Menunggu waktu berbuka....fikiran melayang ke kampung halaman.




Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA

Kepada warga SAKTI diucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga kita semua memperoleh rahmat daripada Allah S.W.T.

Tuesday, August 3, 2010

SEKILAS BERITA: BALIK BERMALAM

ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA PELAJAR SM SAINS KOTA TINGGI DIBENARKAN UNTUK BALIK BERMALAM PADA 7 HINGGA 8 OGOS 2010.

SEKILAS BERITA: HARI TERBUKA ASRAMA 2010



Jualan buku........



Gerai Staf Sokongan...En. Suhaizi @Burn. untung sama-sama



Anak-anak SAKTI....bersatu menjayakan program



Menunggu kehadiran ibu bapa



AYAHANDA PENGETUA.....sentiasa memberi sokongan moral. Terima kasih


Pada tahun ini Unit Hal Hewal Murid dan Kokurikulum telah bergabung mengadakan program Hari Kokurikulum, Terbuka Asrama, Hari Koperasi, Penutupan Minggu C&C dan Bulan Membaca 2010. Program yang berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2010 di Dewan Seri Penawar dan Asrama SAKTI ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Tn. Hj Hassan bin Topit, Pengetua Cemerlang SAKTI. Selain menganugerahkan sijil dan piala kepada pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum, pihak sekolah juga telah menganjurkan gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar di asrama. Sebanyak 25 lot gerai telah disediakan dengan pelbagai jualan untuk para pengunjung. Sambutan pada tahun ini amat menggalakkan khususnya daripada ibu-bapa yang hadir. Selain itu, pelajar-pelajar SMKA Bandar Penawar, SKBP2, SKBP, Institut Profesional Mara dan Sekolah Sukan turut dijemput untuk memeriahkan lagi program. Kepada guru dan pelajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut terima kasih diucapkan. Tahniah juga kepada BKP 2010/11 di bawah kepimpinan Addin bin Mohd Fuad yang berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang program 2 hari itu.

SEKILAS BERITA: KESUMA 2010


Tanggal 26 hingga 28 Julai telah berlangsung Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) 2010. Generating The Generator For Generation, telah dipilih menjadi tema kursus pada tahun ini. Matlamat utama kursus ini diadakann ialah untuk membentuk murid yang simbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek di samping memiliki jati diri, berketerampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya pemimpin. Peserta yang terdiri daripada ahli-ahli MAJASTI 2010/11 telah di bimbingan oleh penyelaras program En. Suhaimi bin Saat dengan dibantu oleh ketua-ketua rumah 2009/10. Diharapkan melalui kursus ini peserta dapat membina sikap dan gaya kepimpinan murid seterusnya mewujudkan kejelekitan yang authentic dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah.

SEKILAS BERITA: SELAMAT HARI LAHIR – MOHAMAD NORAIZAT BIN SAMSUDDIN (KELUARGA 69)





SELAMAT HARI LAHIR – MOHAMAD NORAIZAT BIN SAMSUDDIN (KELUARGA 69)


Satu majlis sambutan hari lahir untuk salah seorang ahli Keluarga 69 telah diadakah di kediaman mentor Tn. Hj Alim, di Bandar Penawar pada 25 Julai 2010 yang lalu. Kepada Noraizat……SELAMAT HARI LAHIR KE-17. SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIBERIKAN KEBERKATAN DALAM HIDUP. Dalam majlis tersebut anak-anak Keluarga 69 mengulangi ikrar untuk mengungguli carta pelajar-pelajar cemerlang SPM 2010!!!!!!!! Syabas.

Wednesday, July 21, 2010

SEKILAS BERITA: KOLOKIUM PROJEK KHAS KEBANGSAAN 2010




PROJEK KHAS .........lari atau mati


07 JULAI- Seramai 4 orang pelajar SAKTI telah terlibat dalam Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh 2010 Peringkat Kebangsaan. Kolokium ini telah berlangsung pada 07 hingga 10 Julai 2010 di Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka. Sepanjang kolokium tersebut, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai program yang diatur khusus untuk memberikan motivasi dan semangat kepada anak-anak Projek Khas seluruh negara. Antaran programnya ialah Bicara Tokoh Bersama Y.B Tan Sri Samsudin bin Hitam, Forum Melastarikan Kecemerlangan oleh Kolonel Prof. Dato’ Dr Hj Kamarudin Kachar, Prof. Madya Datuk Abu Bakar bin Diah dan Tan Sri Prof Dr. Ibrahim bin Abu Shah. Para peserta turut bertuah kerana Y.B Dr. Hj Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran, telah berkesempatan menyampaikan amanat dalam majlis tersebut. Semoga pelajar Projek Khas terus cemerlang mendukung aspirasi negara. Hargai segala pengorbanan yang telah diberikan…..