Tuesday, August 3, 2010

SEKILAS BERITA: HARI TERBUKA ASRAMA 2010



Jualan buku........



Gerai Staf Sokongan...En. Suhaizi @Burn. untung sama-sama



Anak-anak SAKTI....bersatu menjayakan program



Menunggu kehadiran ibu bapa



AYAHANDA PENGETUA.....sentiasa memberi sokongan moral. Terima kasih


Pada tahun ini Unit Hal Hewal Murid dan Kokurikulum telah bergabung mengadakan program Hari Kokurikulum, Terbuka Asrama, Hari Koperasi, Penutupan Minggu C&C dan Bulan Membaca 2010. Program yang berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2010 di Dewan Seri Penawar dan Asrama SAKTI ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Tn. Hj Hassan bin Topit, Pengetua Cemerlang SAKTI. Selain menganugerahkan sijil dan piala kepada pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum, pihak sekolah juga telah menganjurkan gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar di asrama. Sebanyak 25 lot gerai telah disediakan dengan pelbagai jualan untuk para pengunjung. Sambutan pada tahun ini amat menggalakkan khususnya daripada ibu-bapa yang hadir. Selain itu, pelajar-pelajar SMKA Bandar Penawar, SKBP2, SKBP, Institut Profesional Mara dan Sekolah Sukan turut dijemput untuk memeriahkan lagi program. Kepada guru dan pelajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut terima kasih diucapkan. Tahniah juga kepada BKP 2010/11 di bawah kepimpinan Addin bin Mohd Fuad yang berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang program 2 hari itu.

No comments:

Post a Comment