2. Adalah dimaklumkan bahawa sering terdapat permohonan cuti pelajar,
bukan pada waktu cuti persekolahan, daripada ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan, khususnya yang sedang menuntut di Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh, untuk membolehkan mereka membawa anak atau jagaan mereka bersama-sama
mengerjakan umrah, atau program-program kekeluargaan yang lain, sama ada di dalam atau di luar negara. Bagi maksud ini, adalah diharapkan agar pihak tuan/puan mengambil maklum bahawa Bahagian ini atau pihak tuan/puan,
tidak boleh meluluskan permohonan cuti seumpama itu, kerana semua cuti bagi pelajar telah ditakwimkan seperti yang terkandung dalam arahan
Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KP(BS/PSR)8502/04Jld.XVI(32) bertarikh 25 September 1998. Arahan tersebut adalah merujuk kepada Akta 550, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal Institut Pendidikan)1999 yang terletak di bawah Akta Pendidikan 1996.
3. Oleh itu, tuan/puan adalah diminta
menasihatkan ibu-bapa atau penjaga pelajar, agar merancang sebarang aktiviti atau program seperti yang dinyatakan di atas atau seumpamanya, yang melibatkan anak atau jagaan mereka, pada masa yang
tidak melibatkan jadual rasmi persekolahan. Perkara ini penting bagi menjamin segala perancangan atau takwim persekolahan tidak terjejas, demi kecemerlangan pendidikan secara keseluruhan, khususnya di semua Sekolah Berasrama Penuh. Kerjasama dan keperihatinan ibu bapa atau penjaga dalam hal ini penting, khususnya untuk tujuan kecemerlangan anak atau jagaan masing-masing menerusi sistem persekolahan di Sekolah Berasrama Penuh.
Surat Siaran KP(BS-SBP)8575-347/Jld.5(60)
bertarikh 25 Oktober 1999
No comments:
Post a Comment