Tuesday, January 25, 2011

SEKILAS BERITA: LAWATAN KERJA PN HJH NORIZAH BINTI JUBERI

Perbincangan bersama guru-guru kaunseling SAKTI

Menandatangani buku lawatan

Cenderamata sebagai kenangan
Pada 25 Januari 2011 (Selasa), warga SAKTI amat berbesar hati menerima kunjungan Pn Hjh Norizah Binti Juberi, Penolong Pengarah Kanan (Ketua Unit), Unit Kepimpinan & Profesionalisme SBPSK Kementerian Pelajaran Malaysia. Lawatan kerja ini bertujuan membuat pemantauan dan bertukar-tukar pandangan bersama Unit Kaunseling SM Sains Kota Tinggi, bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan unit berkenaan kepada anak-anak pelajar SAKTI. Banyak perkara yang telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut. Perbincangan yang turut dihadiri oleh Tn Hj Hassan bin Topit, Pengetua Cemerlang SAKTI dan Tn Hj Mohamad Alim Konting, Penolong Kanan HEM telah berakhir pada jam 2.00 petang. Semoga pertemuan tersebut akan memberikan suntikan semangat untuk SAKTI terus cemerlang.



No comments:

Post a Comment