
Sempena Ramadan yang mulia ini Program Tadarus Al-Quran yang melibatkan guru-guru
SAKTI telahpun bermula pada Jumaat, 05 Ogos 2011, jam 7.15 hingga 7.50 pagi. Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membaca al-Quran mengikut juzuk yang telah ditetapkan. Dengan adanya tadarus ini, maka program Budaya al-Quran yang selama ini diadakan setiap pagi Jumaat ditangguhkan sehingga Ramadan berakhir. Mudah-mudahan amalan ini akan berterusan dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Amin.
No comments:
Post a Comment