Thursday, May 6, 2010

HEM - SATU SAKTI

  • PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

    Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha melonjakkan keterbilangan SBP melalui memperkasakan Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara. Oleh yang demikian, unit ini menjadi komponen utama yang diberikan perhatian bagi memastikan sahsiah dan disiplin kendiri pelajar khususnya di SM Sains Kota Tinggi terbina secara lebih terancang.

    Terdapat empat teras perancangan yang melibatkan program-program di bawah unit Hal Ehwal Murid:
    Pemantapan Kerohanian
    Pembinaan Jati Diri dan Sahsiah
    Patriotisme dan Kepimpinan Pelajar
    Infrastruktur dan Kemudahan Pelajar

    1. Pemantapan Kerohanian

    Program-program kerohanian bermatlamat untuk menerapkan ilmu dan kemahiran yang berterusan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. Hal ini bertujuan untuk membentuk keperibadian yang unggul dan mempunyai pandangan hidup yang jelas sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara.

    Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai tujuan tersebut:
    Qiamulail
    Sentuhan Puteri
    Kuliah Subuh
    Yassin dan Tahlil
    Budaya Al-Quran
    Ceramah Peningkatan Akidah
    Sambutan dan Perayaan Hari Kebesaran Islam
    Halaqah
    Minggu Penghayatan Islam
    Tazkirah dan Usrah
    Infaq
    Amalan-amalan Puasa Sunat
    Majlis Korban
    Nadwah Kepimpinan
    Tokoh Maal Hijrah
    Solat Hajat Mingguan dan Solat Hajat Perdana


    2. Pembinaan Jati Diri dan Sahsiah

    § Antara cabaran besar yang dihadapi oleh SM Sains Kota Tinggi ialah melahirkan pelajar yang berdaya saing dan unggul bukan saja dari segi akademik, malah dari segi personaliti dan sahsiah yang mantap.Pembinaan jati diri dan sahsiah yang unggul ini selari dengan aspirasi nasional untuk mewujudkan insan kamil dengan memiliki ciri-ciri keperibadian terpuji supaya menjadi bangsa Malaysia yang maju, dinamik dan progresif dalam semua aspek selaras dengan Wawasan 2020.

    § Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pembinaan Jati Diri dan Sahsiah pelajar:

    · Majlis Penyerahan Pelajar
    · Sistem Rumah
    · Mentor Mentee
    · Merit Demerit
    · Program ‘Look Smart’
    · Insan Cergas – Senam Robik dan Riadah Petang
    · Program Khidmat Bakti
    · Makan Beradab ‘High Table’
    · Motivasi Pelajar Biasiswa dan Projek Khas
    · Kursus Pengurusan Stress
    · Kempen Anda Bijak Jauhi Zina
    · Karnival Futsal
    · Hari Terbuka Asrama
    · Smile and Friendship Week
    · Minggu Anti Dadah
    · Asramaku Syurgaku

    3. Patriotisme dan Kepimpinan Pelajar

    § Bagi melahirkan ‘Pemimpin Bertaraf Dunia’, kecemerlangan akademik semata-mata tidak mencukupi. Sebagai pelajar SBP, sebahagian besar pelajar-pelajar SM Sains Kota Tinggi akan mengetuai pengurusan peringkat tertinggi sama ada di sektor awam atau swasta. Oleh yang demikian, mereka perlu diberi pendedahan tentang aspek-aspek kepimpinan supaya mereka akan menjadi modal insan berkualiti dan berilmu tinggi.

    Maka, SM Sains Kota Tinggi melalui unit Hal Ehwal Murid akan melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut bagi mengasah bakat kepimpinan para pelajarnya:
    § Kursus Kepimpinan BKP
    § Kursus Ketua-Ketua Rumah (KESUMA)
    § Smart Partnership SM Menengah dan Rendah
    § Mock Interview
    § Penulisan Resume
    § Diskusi Pelajar Terbilang

    4. Infrastruktur dan Kemudahan Pelajar.

    Keadaan sekolah dan asrama yang kondusif berupaya mendorong pelajar menikmati suasana pembelajaran yang selesa seterusnya membantu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Situasi ini turut menambahkan lagi keseronokan untuk pelajar terus menetap di SBP khususnya SM Sains Kota Tinggi.

    Antara kemudahan yang sedang dan akan dibina bagi keselesaan pelajar ialah:
    § Mengecat kelas-kelas tingkatan Satu.
    § Menyediakan rak-rak buku kelas tingkatan Satu.
    § Mengecat dorm putera dan puteri mengikut warna rumah.
    § Menyediakan rak-rak Al-Quran
    § Membaikpulih Surau Al-Jawahir
    § Memperbanyak papan tanda keselamatan.

2 comments:

  1. buat ckgu alim yg sangat kuhormati, tahniah di atas kenaikan pangkat sebagai pk hem...jika diimbas zman prsekolahan, org yg trakhr menyandang jawatan ni adalah ckgu ibrahim...tapi nampak gayanya, smua gurur2 saya kebanyakannya sudah dinaikkan pangkat...untuk itu, syukur alhamdulillah....cuma jawatan guru disiplin nampaknya masih kekal dgn guru yg sama...ckgu aziz....ckgu yg sgt ditakuti oleh smua pelajar...nampaknya mmg beliau org yg plg layak utk jawatan trsebut...betapa pihak sekolah memberi kepercayaan penuh kepada beliau...alhamdulillah...sakti pun semakin cemerlang sejak akhir2 ini...tahniah...ini semua kerna jasa dan sumbangan guru2 yg xprnah jemu dlm membimbing anak2 bangsa...jadi, sempena hari guru yg bakal mendatang...selamat hari guru saya ucapkan...tiada kata yg dpt menggambarkan betapa brsyukur dan brtuahnya saya dapat brtemu kalian....atas didikan kalian, akhrnya saya brjaya mnjadi org yg brguna utk agama, bangsa dan negara...biarpun tidak segah profesion lain seperti doktor, mahupun jurutera...tapi tanpa bimbingan dan didikan kalian, mustahil dapat kukecapi semua ini....kecekalan, keikhlasan dan ketabahan hati kalian menjadi inspirasi bagiku dalam mendidik anak2 bangsa pula...terima kasih kerana memberi peluang kepadaku merasai nikmat dan kepuasan menjadi guru...barulah saya sedar perasaan kalian terhadap kami selama ini...maaf di atas segala kesalahan dan kekurangan kami selama bersama kalian...oleh itu, selamat hari guru kepada semua guru2 sakti..khususnya buat guru2 yg prnah mngajar batch perintis sakti...biarpun sudah 10 tahun meninggalkan dunia sakti, namun kalian tidak pernah kulupakan...hanya allah yg dapat membalas segala jasa baik kalian...salam rindu dan dsayang buat semua....teruskan perjuanagn, wahai guru2ku..
    "sms kota tinggi...ia suatu destinasi...mnjadi pilihan kami...untuk terus berbakti...."

    ReplyDelete
  2. terima kasih anakku...usia telah mematangkan kita. semoga berjaya.

    ReplyDelete