Monday, February 28, 2011

SEKILAS BERITA: MENARA JAM SAKTI


TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG UTAMA PEMBINAAN DATARAN DAN MENARA JAM SAKTI IAITU THE LEGEND 2010. TURUT MENYUMBANG PHALANX 2008, KOPERASI DAN PIBG SAKTI. SIMBOL KERJASAMA DAN KESUNGGUHAN WARGA SAKTI MEMACU KECEMERLANGAN. HIDUP SAKTI!!!!

SEKILAS BERITA: PENUTUPAN MINGGU C&C 2011


Persembahan pentas majlis penutupan C&C 2011


Sabahagian penonton pada malam penutup

26 FEBRUARI 2011 (SABTU): Malam penutupan Minggu C&C 2011 telah berlangsung dangan meriahnya pada malam Sabtu yang lalu. Pelbagai acara telah dilangsungkan pada majlis berkenaan. Antaranya ialah persembahan pentas yang bertemakan alam sekitar dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai pertandingan sepanjang Minggu C&C 2011.Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohamad Alim bin Konting, Penolong Kanan HEM yang mewakili ayahanda pengetua. Kepada para pemenang loker terbaik, meja terbaik, katil terbaik, kelas terbersih dll, teruskan usaha anda. TAHNIAH kepada BKP yang telah berjaya menganjurkan program tahunan ini. SYABAS.

SEKILAS BERITA: MAULIDUR RASUL BANDAR PENAWAR / KEJORA


kontinjen SAKTI yang terlibat dalam perarakkan pada kali ini

27 FEBRUARI 2011(AHAD): Seramai 30 orang pelajar SAKTI telah terlibat dalam perarakkan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Bandar Penawar. Seawal jam 7.30 pagi pelajar-pelajar yang terlibat telah berkumpul di perhentian bas dan teksi Bandar Penawar As-Syifa Bandar Penawar sejauh 2 km. Dalam masa yang sama pertandingan sepanduk turut diadakan sempena sambutan pada kali ini.

Monday, February 21, 2011

SEKILAS BERITA : 'SATU ADA TIGA'

Bengkel Permati Hati

GPK Kokurikulum tekun mendengar taklimat

19 FEBRUARI 2011 (SABTU):
  • Satu hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti di SAKTI. Pada hari ini sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan bagi memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Mohamad SAW. Bagi mengisi program tersebut, pelajar telah mendengar ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Muliadi dan program 'potong jambul' anak angkat SAKTI (anak yang dilahirkan semasa pendaftaran pelajar tingkatan satu).


  • Dalam masa yang sama Kursus Kepimpinan Rakan Muda peringkat daerah Kota Tinggi turut diadakan di Bilik Mesyuarat Desaru. Kursus telah dihadiri oleh semua PK Kokurikulum sekolah-sekolah menengah Kota Tinggi dan seorang guru penasihat kelab@ persatuan sekolah.


  • Di Pusat Sumber SAKTI pula telah diadakan Bengkel Pembinaan Modul Permata Hati yang juga di bawah penyeliaan PPD Kota Tinggi. Bengkel ini disertai oleh guru kaunseling ,guru-guru agama , guru disiplin dan PK Hem yang terpilih dari sekolah-sekolah menengah daerah.

SEKILAS BERITA: PERHIMPUNAN RASMI 21 FEBRUARI 2011 (ISNIN)

Penyampaian hadiah kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah

Pelancaran Minggu C&C

sketsa pelancaran Minggu C&C

21 FEBRUARI 2011 (ISNIN), perhimpunan rasmi mingguan telah diadakan di DSP seawal jam 7.00 pagi. Pelbagai atur cara telah disusun sepanjang perhimpunan pada kali ini antaranya:
  • Laporan Guru Bertugas , Tn Hj Nor Salleh:
    -Menyentuh sikap pelajar yang masih perlu selalu ditegur dan diingatkan.
    -Tidak memberi fokus dan serius dalam melakukan kerja.
    -Melakukan kerja-kerja bermusim.
    -Walau bagaimanapun, terdapat perkara-perkara baik yang boleh dicontohi.
    -Merayu kepada semua pelajar agar menyokong segala program pembangunan SAKTI dan jangan jadi perosak atau pemusnah.

    5 Minit Benci Zina , Cik Norazlinda Mahmud.
    Sebab berlaku zina
    -”Coupling” dan fenomina ’Aku Cinta Padamu’ dalam kalangan pelajar.
    -Pelbagai bentuk modaliti atau wahana komunikasi.
    -Sikap liberal generasi muda yang keterlaluan.

    Langkah
    -Sikap malu sebagai cabang iman.
    -Mengutamakan sifat malu berkaitan kebendaan.

    Taklimat Peperiksaan , Pn Jamilah Zamah Shari
    -Syarat-syarat menduduki peperiksaan.
    -Persiapan tempat peperiksaan.
    -Pelajar tidak boleh dengan apa cara meniru atau membenarkan pelajar lain meniru dalam peperiksaan.

    Amanat Pengetua.
    -Tahniah kepada pelajar yang terlibat dalam menyusun perubahan dan penambahbaikan majlis perhimpunan.
    -Kita perlu sama-sama bertindak terhadap setiap pelaporan yang dibentangkan oleh guru bertugas.
    -Pelajar perlu mengelakkan kawasan berumput sebagai laluan.
    -Tahniah kepada yang terlibat dalam program-program sekolah khususnya Majlis Maulidur Rasul, kriket, ragbi dan merentas desa.
    -Mengingatkan pelajar bahawa kerja rumah yang banyak diberikan oleh guru bertujuan untuk kebaikan pelajar. Harap pelajar dapat mengubah persepsi berkaitan kerja rumah yang diberikan.
    -Sebagai pelajar SBP kita perlu BERANI menunjukkan KEKUATAN dan BERANI mengakui KELEMAHAN kerana KITA SEMUA BERUSAHA MENJADI JUARA.

    Pelancaran Minggu C&C 2011

  • TAHNIAH kepada pesukan merentas desa sekolah yang telah menjadi JUARA Kejohanan Merentas Desa Daerah buat keli ke-4 berturut-turut.
    TAHNIAH kepada Mohd Sahirwan yang berjaya mewakili negara dalam Kejohanan Ragbi Antarabangsa di Bangkok Thailand dan muncul menjadi JUARA. SYABAS.

SEKILAS BERITA: "REWANG" MAULIDUR RASUL


menikmati sup sebagai sajian 'selingan'


Sambil menunggu, sempat berurut menghilangkan penat.



EN Aziz...pastikan tidak hangit.


Potong, jangan tak potong...

18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT), Program "Rewang" @ gotong-royong menyiapkan juadah sempena Maulidur Rasul telah dilaksanakan bersama oleh guru-guru dan sebilangan pelajar SAKTI. Melalui program ini, guru-guru telah berkerjasama menyediakan bahan-bahan masakan dibawah pengawasan Pak Mat, tukang masak terkenal dari Felda Semenchu Kota Tinggi. Program yang bermula pada jam 3.00 petang telah berakhir sekitar jam 1.30 pagi. Sesungguhnya, program seumpama ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan mesra antara guru-guru dan pelajar SAKTI. TAHNIAH.

SEKILAS BERITA: BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIJ 2011

Sebahagian daripada sumbagan MAIJ

18 FEBRUARI 2011, JUMAAT: Seramai 12 orang pelajar SAKTI telah menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Sumbangan berupa kelengkapan pakaian sekolah telah diserahkan kepada wakil SAKTI, Tn Hj Mohamad Alim Konting di SK Laksmana Kota Tinggi. Semoga sumbangan tersebut akan meringakan beban yang ditanggung oleh pelajar-pelajar yang terlibat.

Wednesday, February 9, 2011

SEKILAS BERITA: TINGKATAN 1 (AMBILAN 2)

16 FEBRUARI 2011 (RABU): Seramai 35 orang pelajar tingkatan (1 ambilan 2) telah mendaftar sebagai warga SAKTI yang baharu. Jumlah tersebut telah menambahkan lagi bilangan pelajar tingkatan satu sedia ada menjadi 144 orang. Kepada yang telah mendaftar unit HEM mengucapkan TAHNIAH semoga anak-anak 'bungsu' ini akan terus setia bersama warga SAKTI yang lain.

SEKILAS BERITA: LAWATAN KERJA SBPSK


Pemantauan fail HEM...................perbincangan bersama pengetua...............pelaporan

17 FEBRUARI 2011 (KHAMIS): 3 orang pegawai dari yang diketuai oleh En Md Zin bin Jaafar dari SPBSK telah membuat lawatan kerja ke SAKTI. Rombongan yang turut disertai oleh En Mohd Saifulnizal bin Sabian dan Pn Azah Sulaiman telah membuat pemantauan khusus berkaitan pengurusan HEM. Matlamat pemantauan adalah untuk membantu dan memastikan segala dokumen yang berkaitan HEM telah diurus dengan lengkap dan sempurna di samping melihat sendiri iklim pembelajaran anak-anak SAKTI. Pihak sekolah, khususnya unit HEM mengucapkan terima kasih kepada SBPSK di atas usaha tersebut.



SEKILAS BERITA: PERHIMPUNAN RASMI 14 FEBRUARI 2011 (ISNIN)



Pemeriksaan barisan oleh Pengetua Cemerlang....................... Barisan pentadbir.....




5 minit Benci Zina oleh Pn Rohiza ................................Persembahan pelajar Minggu Bahasa
14 FEBRUARI 2011 (ISNIN), Majlis Perhimpunan Rasmi yang dikendalikan oleh pasukan uniform Pengakap SAKTI telah berlangsung di DSP SM Sains Kota Tinggi bermula jam 6.50 pagi. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Yg Berusaha, Tn Hj Hassan bin Topit, Pengetua Cemerlang SAKTI. Dalam laporannya En Herman selaku guru bertugas telah menyentuh tentang papan-papan kenyataan yang masih belum dikemaskini sepenuhnya dan aspek keselamatan di sekolah. Kejadian melibatkan seorang pelajar di Melaka yang terbunuh akibat terjatuh dari tingkat bengunan sekolahnya perlu dijadikan iktibar.
Dalam slot 5 minit benci zina, Pn Rohiza Jamaluddin menjelaskan tentang punca dan kesan zina dari sudut saintifik dan agama.

Turut dilancarkan dalam perhimpunan pada kali ini ialah:
Minggu Bahasa
Program Mentor-mentee
Penyampaian surat penghargaan SBP kepada guru-guru panitia cemerlang PMR:
Bahasa Melayu
Kemahiran Hidup

Pengetua dalam amanatnya telah menyentuh kembali tentang kecemerlangan akademik yang menjadi tunjang / fokus setiap pelajar manakala mereka yang terlibat dalam kes-kes salahlaku akan tetap menerima hukuman setimpal.

SEKILAS BERITA : PROGRAM ”MALAM MENCARI KEKASIH”

Forum agama, "Malam Mencari Kekasih"

13 FEBRUARI 2011 (AHAD), seramai 80 orang pelajar SAKTI telah terlibat dalam menjayakan Program Malam Mencari Kekasih , anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Program berupa forum agama yang dianjurkan sempena Maulidur Rasul S.A.W ini telah mengupas perlunya remaja dan masyarakat secara amnya mengasihi Rasullah daripada sebuk menyambut Hari Valentine yang boleh menjejaskan akidah umat. Program berlangsung di Dataran Tasik Bandar Penawar berakhir pada jam 11.00 malam. Terima kasih kepada pelajar dan warden pengiring yang terlibat.

SEKILAS BERITA: GOTONG ROYONG RAKAN MUDA.



Mencuci kolam ikan dan bilik rawatan

Majlis penutup dan panyampaian cenderamata

13 Februari 2011 (Ahad) - Program gotong- royong bersama antara pelajar SAKTI dengan peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah berlangsung di sekitar asrama bermula jam 8.30 hingga 10.30 pagi. Program khidmat masyarakat yang julung kali diadakan ini menjadi sebahagian syarat untuk peserta dianugerahi Sijil Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama KPM. Seramai 70 orang peserta telah terlibat melibatkan dua buah sekolah. Semoga program ini akan memberi manfaat kepada sekolah-sekolah yang terlibat khususnya SAKTI.

SEKILAS BERITA : LARIAN SAKTI 2011



yang menang diraikan .........sebahagian peserta bahagian belakang ...............Lagu sorak berkumandang


Guru pengiring bersedia..... Semangat guru rumah


Ucapan pengetua dan Juara 2011


12 FEBRUARI 2011 (SABTU) : Larian Sakti yang telah berlangsung pada kali ini telah menobatkan rumah Alfa selaku juara keseluruhan apabila berjaya mengutip 139 mata. Larian pada kali ini telah disempurnakan pelepasannya oleh ayahanda pengetua, Tn Hj Hassan bin Topit tepat pada jam 8.45 pagi. Hampir semua pelajar terlibat dalam larian yang melibatkan pelbagai tahap pelajar. Selain daripada guru-guru, pihak polis dan RELA Bandar Penawar turut membantu dalam mengawal lalu lintas sepanjang jalan yang dilalui oleh para peserta. Kepada semua yang terlibat terima kasih diucapkan. Anak-anak yang berjaya SYABAS dan TAHNIAH. Semoga saingan sihat ini akan terus membantu kecemerlangan SAKTI.

SEKILAS BERITA: "PERTEMPURAN" BERMULA



Anak-anak Sakti membuat persiapan sebelum Larian Sakti 2011 bermula

11 Februari 2011 - Persaingan untuk merebut Rumah Sukan Terbaik 2011 telah bermula. Semua pasukan rumah sukan sekolah telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi siri pertandingan antara rumah sukan 2011 yang akan dimulakan dengan acara Larian Sakti pada pagi 12 Februari (Sabtu) ini. Semua pelajar yang mewakili empat rumah sukan iaitu Gama, Beta, Alfa dan Sigma telah membuat persiapan dengan bimbingan guru penasihat rumah masing-masing bermula sejak petang semalam. Pada sebelah malamnya pula, semua anak sakti ini telah berkumpul di Dataran Hicom untuk mengatur strategi bagi menghadapi lawan masing-masing. Asrama Sakti digegarkan dangan lagu sorak setiap rumah dan kebaran bendera pelbagai warna. Semoga akan-anak Sakti akan terus bersaing secara sihat demi kecemerlangan. SYABAS!


SEKILAS BERITA : AMBILAN PERTAMA TINGKATAN 4

Selamat datang kepada pelajar baharu tingkatan 4. Seramai 13 orang pelajar baharu ambilan pertama telah mendaftar di SAKTI pada 07 Februari 2011. Daripada jumlah tersebut dua orang merupakan pelajar lelaki, manakala selebihnya adalah pelajar perempuan. Sesi taklimat oleh pihak sekolah telah diadakan sebaik sahaja selesai majlis pendaftaran. Semoga anak-anak ini akan terus kekal di SAKTI. TAHNIAH.

SEKILAS BERITA : PERHIMPUNAN RASMI 07 FEBRUARI 2011

  1. Guru Bertugas
    Tahniah kepada kelas-kelas yang telah diceriakan.
    Masih ada pelajar yang membawa makanan ke kelas.
  2. 5 Minit Benci Zina
    Antara punca berlakunya zina
    Masalah keluarga yang porak peranda dan perceraian.
    Ibu-bapa sebuk menguruskan perceraian.
    Anak menumpang kasih pada orang lain.
    Tiada peraturan yang jelas dalam keluarga.
    Keburukan
    Trauma
    Hilang harga diri.
  3. Pengetua
    Jangan terlalu membicarakan perkara-perkara yang tidak berfeadah.
    Semua pihak perlu melaksanakan program-program yang dirancang.
    Selamat datang kepada pelajar baharu tingkatan 4.
    Maklumat pada papan kenyataan sentiasa dikemaskini dan berfungsi.
    Guru tidak akan mencari kesalahan pelajar jika pelajar tidak melanggar peraturan.

Sunday, February 6, 2011

SEKILAS BERITA : SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI PENGETUA SAKTI




5 Januari 2011, menjadi detik bersejarah kepada ayahanda pengetua dan isteri kerana majlis perkahwinan puterinya yang berlangsung di Senggarang Batu Pahat. Majlis yang berlangsung gilang-gemilang ini turut diserikan dengan persembahan wind orchestra, zapin, pasukan silat dan kompang SAKTI. Ramai tetamu yang hadir antaranya ialah pegawai-pegawai kanan SBPSK dan JPNJ. Semoga pasangan mempelai memperoleh kerahmatan dan kebahagiaan hingga ahkir hayat. TAHNIAH.