Anak-anak Sakti membuat persiapan sebelum Larian Sakti 2011 bermula
11 Februari 2011 - Persaingan untuk merebut Rumah Sukan Terbaik 2011 telah bermula. Semua pasukan rumah sukan sekolah telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi siri pertandingan antara rumah sukan 2011 yang akan dimulakan dengan acara Larian Sakti pada pagi 12 Februari (Sabtu) ini. Semua pelajar yang mewakili empat rumah sukan iaitu Gama, Beta, Alfa dan Sigma telah membuat persiapan dengan bimbingan guru penasihat rumah masing-masing bermula sejak petang semalam. Pada sebelah malamnya pula, semua anak sakti ini telah berkumpul di Dataran Hicom untuk mengatur strategi bagi menghadapi lawan masing-masing. Asrama Sakti digegarkan dangan lagu sorak setiap rumah dan kebaran bendera pelbagai warna. Semoga akan-anak Sakti akan terus bersaing secara sihat demi kecemerlangan. SYABAS!
No comments:
Post a Comment