19 FEBRUARI 2011 (SABTU):
- Satu hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti di SAKTI. Pada hari ini sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan bagi memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Mohamad SAW. Bagi mengisi program tersebut, pelajar telah mendengar ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Muliadi dan program 'potong jambul' anak angkat SAKTI (anak yang dilahirkan semasa pendaftaran pelajar tingkatan satu).
- Dalam masa yang sama Kursus Kepimpinan Rakan Muda peringkat daerah Kota Tinggi turut diadakan di Bilik Mesyuarat Desaru. Kursus telah dihadiri oleh semua PK Kokurikulum sekolah-sekolah menengah Kota Tinggi dan seorang guru penasihat kelab@ persatuan sekolah.
- Di Pusat Sumber SAKTI pula telah diadakan Bengkel Pembinaan Modul Permata Hati yang juga di bawah penyeliaan PPD Kota Tinggi. Bengkel ini disertai oleh guru kaunseling ,guru-guru agama , guru disiplin dan PK Hem yang terpilih dari sekolah-sekolah menengah daerah.
No comments:
Post a Comment