
Syawal kali ini, kami sekeluarga menyambutnya dengan agak sederhana. Tak tahu kenapa "mood" untuk beraya tak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Mungkin faktor usia yang semakin meningkat. Selesai mengunjungi sanak saudara terdekat pada raya pertama terus "memerap" kat rumah emak. Anak-anak tak pula mendesak untuk berjalan. Masuk hari kedua otak berlegar mencari rumah untuk dikunjungi. Tergerak hati untuk menziarahi ahli-ahli keluarga dan sahabat handai yang sakit dan uzur. Kami menghala ke Kg. Puteri Menangis, mencari seorang rakan karib yang diberitakan mengalami musibah. Beliau menjadi mangsa samun semasa menjalankan tugas di Jasin Melaka. Sebahagian tempurung kepalanya pecah akibat dihentak menggunakan alat pemadam api. Kesannya, sebahagian anggota badan masih belum berfungsi biarpun peristiwa itu telah hampir setahun berlalu. Bicaranya turut terganggu. Tawa riangnya tidak seperti dulu. Namun apa yang paling memeranjatkan, beliau masih mengingatiku walaupun hampir 26 tahun terpisah tanpa berita. Semoga sahabatku,
MOHD YASSIR BIN YAMIN akan cepat sembuh.
No comments:
Post a Comment