Memilih akronim untuk SM Sains Kota Tinggi, bukanlah sesuatu kerja yang sukar. Berdasarkan kepada rima akhirnya sahaja, kita dah boleh menjangkakan “SAKTI” akan menjadi pilihan. Perkataan ini mudah disebut kerana cuma ada dua suku kata, sak… dan …ti. SAKTI juga mudah diingat dan difahami. Bertanya kepada anak-anak kecil sekalipun, mereka boleh menjelaskan maksudnya dengan tepat. Paling tidak anak-anak ini akan mengaitkan dengan Power Ranjers, Superman, Transformers atau apa sahaja cerita TV yang memiliki unsur-unsur kekebalan dan kekuatan. Bagi mereka yang gila dengan filem melayu lama, pasti akan teringat akan Jula Juli Bintang Tujuh atau paling kurang akan mengaitkan sakti dengan kehebatan P.Ramle membuka pintu gua yang penuh dengan harta karun dalam cerita 40 Penyamun. Manakala, Kamus Dewan DBP menjelaskan sakti itu sebagai kuasa yang di luar kemampuan manusia biasa, mempunyai kuasa ghaib, bertuah dan mempunyai keramat. Memang SAKTI memberi makna yang cukup hebat sekali.
Untuk menjadikan SAKTI supaya benar-benar memiliki kesaktian bukanlah semudah menyebutnya. Tugasan ini memerlukan perancangan dan strategi yang benar-benar rapi dan terperinci. Peringkat awal, SAKTI perlu berjuang untuk bersaing dengan nama-nama besar dalam komunitinya seperti STF, KTK, MCKK ataupun SAS. Rakan-rakan ini memiliki auranya tersendiri dan memang diakui sukar untuk digugat!. Namun, SAKTI tak boleh mengalah. SAKTI perlu mencari identiti. SAKTI juga mesti ada watak tersendiri supaya menjadi hak milik terpelihara yang tidak boleh diciplak oleh orang lain sama ada pihak kawan ataupun lawan. Apa yang paling penting jenama SAKTI perlu diterima, dikenali dan diperakui oleh masyarakat. Oleh yang demikian, tugas menjual nama SAKTI supaya dikenali dalam pasaran dunia pendidikan menjadi tugas sukar yang perlu dipikul bersama oleh semua warganya. Barulah SAKTI memiliki kesaktian.Barulah SAKTI boleh menjadi bomoh tersohor yang menjadi sebutan dan memiliki kebolehpercayaan yang tinggi.
Strategi mengukuhkan jenama SAKTI perlu berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama. Apatah lagi, SAKTI terpaksa bersaing dengan jenama-jenama lain yang seangkatan atau baharu muncul dengan produk yang sama. Maka, kualiti produk SAKTI mesti dijaga. Kalaulah produk SAKTI itu berupa barangan, maka aspek pelabelan, pembungkusan sampai kepada peringkat pengiklanan dan promosi mesti ada kawal selia berasaskan standard piawaian yang lebih hebat berbanding jenama-jenama saingannya. SAKTI tidak boleh alpa. Dengan kata lain, anak-anak yang lahir dari perut SAKTI yang sakti ini mesti memiliki jatidiri yang kukuh, patriotisme yang tidak akan tergugat oleh anasir-anasir yang cuba melemahkannya dan ilmu yang boleh menjamin kelangsungan hidup dalam dunia yang semakin bergelora. Apa yang maha penting ialah memiliki akhlak dan akidah yang boleh menjadi perhiasan diri dan benteng kukuh untuk menahan segala macam bentuk pancaroba. Andai itulah watak anak-anak SAKTI yang sakti ini, maka tugas mengiklankannya untuk pasaran dalam industri ini akan menjadi mudah.
Kini, selepas hampir 16 tahun beroperasi usaha-usaha ke arah pengukuhan jenama SAKTI masih diteruskan dan telah menampakkan hasilnya. Biarpun belum segagah dan sebaris SASER, STF mahupun KTK dalam bidang akademik, ‘taji’ SAKTI telah pun menunjukkan bekas dan bisanya. Keputusan PMR dan SPM saban tahun menjadi bukti. Memang, SAKTI belum menjadi pemuka, tapi SAKTI juga belum pernah corot dalam kelasnya. ‘Laba’ hasil jualan produk SAKTI turut dijeling dan dianalisis oleh pesaingnya. Malah dalam beberapa kes mengikut kecemerlangan mata pelajaran, mereka bukan sekadar menjeling, sebaliknya menghantar utusan untuk meneropong, merisik dan berguru dengan SAKTI. Saktinya SAKTI dalam bidang ini Insyallah akan berterusan. Percayalah, guru-guru SAKTI tidak pernah jemu untuk mencari resepi terbaik bagi meningkatkan kualiti produknya. Buktinya, parking kereta guru hanya akan kosong selepas jam 11.00 malam hingga 6.30 pagi!.
Bercerita soal penjenamaan, label SAKTI yang sakti ini turut dikenali melalui kokurikulumnya. Sebut saja kriket, ragbi ataupun kawad kaki KRS, kawan dan lawan akan tabik dengan pencapaian SAKTI. Rekod-rekod kecemerlangan peringkat daerah hinggalah peringkat kebangsaan yang tersusun rapi di one stop center, menjadi bukti. Pastinya, melalui program-program latihan yang telah disusun,koleksi rekod kecemerlangan ini pasti akan bertambah. Sehinggakan, persaingan sihat untuk menunjukkan siapa yang benar-benar ‘ jantan’ dalam bidang ini telah merumitkan pihak pengurusan untuk memilih pasukan mana yang layak distatuskan sebagai pasukan kebitaraan SAKTI! Turut sama mewarnai saingan ini ialah pasukan rekacipta, Formula One dan Wind Orchestra sekolah. Dalam masa yang sama, kehebatan tersebut mampu menyanggah gosip-gosip nakal yang selalu menuduh anak-anak SAKTI ‘lembek’, ‘ tak masuk orang’, ‘lubuk’ atau ‘ulat buku’.
Kesaktian SAKTI turut boleh dilihat melalui pengurusan sumber manusianya. Sesiapapun tidak boleh menafikan hakikat ini. Barisan kepimpinan yang diterajui oleh Pengetua Cemerlang menjadi ‘ lubuk geliga’ yang mencipta idea. Pelbagai kejayaan yang diraih pula menjadi bukti sokongan padu barisan guru, staf dan pekerja-pekerja swasta yang di bawah seliaannya. Walaupun istilah sakti sering dikaitkan dengan keramat atau memiliki kuasa ghaib, tapi dalam bab mencipta kecemerlangan, tidak mungkin ianya bergolek datang dengan sendirinya. Semuanya kena usaha. Kena Istiqamah yang diadun dengan doa berterusan. Jika empat atau lima tahun lampau tidak ada seorang pun guru SAKTI yang layak membawa gelaran Guru Cemerlang, hari ini SAKTI memiliki sepuluh orang guru yang layak menjadi rujukan kerana kecemerlangannya. Semua ini menunjukkan bahawa warga SAKTI memiliki jati diri dan keyakinan serta diperakui. Malah, proses untuk menjenamakan SAKTI telah nampak sinarnya. Bukan juga bermakna, perjalanan SAKTI ini tidak beranjau dan berduri. Onak, duri, ranjau, semalu, dedalu tetap wujud. Namun, bagaimana menjadikan cabaran sebagai peluang itulah sebanarnya yang menjadi sebahagian rahsia kesaktian SAKTI.
Akhirnya, khusus untuk rakan-rakan dan warga SAKTI, anda sebenarnya memiliki kehebatan, ibarat kerbau bertanduk; rotan beronak. Serlahkanlah kehebatan yang ada melalui pelbagai cara yang tersedia. Ruang dan peluang sentiasa menunggu untuk diisi dengan kehebatan potensi diri. Berbanggalah menjadi sebahagian warga SAKTI yang sakti dan kita akan sama-sama mencipta sejarah…..
Yang capik datang bertongkat,Yang buta meraba-raba,Yang tuli leka bertanya, Yang kecil terambil lintang,Yang jarak tolak-tolakan, Yang pendek tinjau-tinjauan, Yang kurap mengekor angin.
TAHNIAH atas 2 penganugerahan KPM yang diterima iaitu Tawaran Baharu Untuk Pengetua dan Sekolah Kluster Kecemerlangan.

No comments:
Post a Comment