Pekan T
ambor yang aku tinggalkan
sekian lama tak banyak berubah. Deretan rumah kedai beratap zink dan berdinding
papan masih seperti dulu. Rumah kedai Allahyarham Cikgu Aliman (Guru Besar
SKSSD sekitar 70an) masih wujud dan kekal menjual majalah serta surat khabar.
Di rumah kedai itulah kami dihimpunkan dan menginap beberapa hari untuk latihan
pusat atau bila terlibat dalam kejohanan olahraga MSSD yang biasanya diadakan
di SK Ayer Baloi. Bangga dan gembira hanya tuhan saja yang tahu. Al-maklum awal
tahun-tahun 70-an anak hingusan yang duduk di pedalaman pada masa itu 'agak'
jakun dengan jalanraya yang lurus dan rata. Pelik dan terhibur dengan bunyi
enjin bas dan kereta. Guru-guru yang masih aku ingat seperti Cikgu Abu Talib
Othman, Cikgu Rahmat, Cikgu Salleh (Bahasa Inggeris), Cikgu Seman dan Cikgu
Borhan Sadli menguruskan kami. Terima kasih kerana memberi peluang kami naik
kereta (walaupun terpaksa berhempit-hempit). Mungkin perasaan gembira dan
bangga yang dirasai sama seperti apa yang dirasai oleh kotinjen negara yang
berjuang di Olimpik London ketika ini.
 |
Baginda Sultan mencemar duli memilih juadah berbuka di Pekan Tambor |
 |
Segalanya lazat |
 |
Semoga Pekan Tambor akan lebih makmur |
Tempoh hari aku kunjungi semula Pekan Tambor. Hasrat
utamanya adalah untuk membeli juadah berbuka puasa. Sedang aku melihat-lihat
juadah yang dijual, bahuku diusik. Sedikit terperanjat, kerana Baginda Sultan
Johor berada bersama untuk membeli juadah yang disajikan. DAULAT TUANKU.
No comments:
Post a Comment