Thursday, September 27, 2018

KAMAR BICARA

Duduk di dalam kamar mengadap kandang kecil spt ini tidak pernah aku impikan. Apatah lagi yg melibatkan perbicaraan. Rasanya, tak ada siapa yang sanggup menerima keputusan dan pertimbangan yg dibuat oleh orang lain!. 

Memasuki bangunan ini, seperti juga hospital dan balai polis, aku akan cuba elakkan. Memang tak banyak yang aku tahu berkenaan kamar 'misteri' ini. Mungkin kerana terpengaruh dengan kebanyakkan cerita hindustan yang menjadikan kamar seperti ini sebagai latar wajib dalam kebanyakkan filemnya, maka persepsi aku terhadap kamar mahkamah juga agak negatif.

Sama seperti tanggapan aku terhadap si burung hantu. Sisinya sentiasa hitam, hodoh, menjengkelkan dan menakutkan. Inilah kamar yang sering menjadi saksi persoalan hak dan kebatilan. Dua perkataan yang terlalu kontradiktif sifatnya.

Juga menjadi tempat manusia mempertahankan maruah sehingga sanggup menjarakkan keluarga, persahabatan dan menyemarakkan api permusuhan. Tempat yang meletakkan 'Yang Arif' memutuskan timbang taranya. Mengangkat tinggi 'keadilan' mengikut takrifan dan hujah2 manusiawi.

Untuk melihat anak disarungkan 'Lowyer Robe' pagi ini membawa aku ke sini. Buat kali pertama aku masuk ke bangunan yg telah banyak sejarahnya. Bermula pada zaman Kesultanan Melaka disusuli dgn gelombang perubahan yang dibawa oleh pemerintahan kolonial British melalui 'common law'nya, mahkamah seperti ini melaksanakan fungsinya.

Bersimbolkan dacing, sudah tentu apa yang diperjuangkan melalui kamar ini ialah keadilan. Kes Botak Chin (1981) dan Mona Fandey (2001) antara beberapa peristiwa yg mengenalkan aku kpd istilah2 spt prima facie, afidavit, habeas corpus, alibi dll.
Terima kasih Pn Roslina Sabiyah (ex SMKABP) yg sudi membacakan petition dan Pn Ros yg penuh tertib menyarungkan lowyer robe.

Selesai Yang Arif berbicara, "Afrina Hannani binti Mohamad Alim dengan ini diterima dan didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya." Terasa seperti ada air yang bertakung di kelopak mata.


MohamadAlim Konting's photo.MohamadAlim Konting's photo.MohamadAlim Konting's photo.

No comments:

Post a Comment