Thursday, September 27, 2018

MISI KEMBOJA 2

Sebelum jam 6.00 pagi kami sudah mula berkumpul di loby KC River Hotel. Satu daripada beberapa hotel yang ada di bandar Cham. Menunggu kenderaan yang akan membawa kami ke masjid untuk menunaikan solat Aidil Adha. Kami dalam kumpulan 1 akan bergerak ke Kg Brey Kchay Knong, manakala, peserta kumpulan 2, akan dibawa ke Kampung Ro. Dua buah kenderaan akan membawa kami ke destinasi yang jauhnya lebih kurang 2 jam perjalanan berkereta dari hotel. Sebuah kenderaan akan membawa beg2 peserta kembara, manakala kami dibawa menggunakan Starex.

Sepanjang perjalanan, dapatlah kami menyaksikan masyarakat tempatan sebuk memulakan urusan seharian. Sama seperti di tanah air, warung2 di tepi jalan dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan tegar sarapan pagi.

Rumah-rumah tradisional bertiang tinggi menghiasi perjalanan ke Kg Brey Kchay Knong. Sementalahan, sekitar kg Cham sedang dilanda 'banjir termenung', rumah kayu bertiang tinggi pastinya akan menjadi penyelamat. Bahagian bawah rumah juga dijadikan tempat menambat binatang2 ternakan khususnya lembu dan kerbau. Berkongsi tempat dengan binatang peliharaan lain seperti ayam dan anjing. Binatang yang dianggap paling penting dalam membantu survival ekonomi penduduk yang majoritinya beragama Budha. Binatang yang banyak membantu kerja-kerja di sawah padi yg terbentang di kiri kanan jalan utama menuju Kg Brey Kchay Knong. Ciri2 senibina rumah tradisional masyarakat tempatan ini pastinya ada kaitan langsung dengan budaya, cara hidup, keselamatan dan persekitarannya.

Melewati pasar menuju ke Kg Brey Kchay Knong, terdapat deretan jualan buah2an tempatan pelbagai jenis. Hati menjadi sedikit resah bila kenderaan yang membawa kami mula tersekat-sekat akibat kesebukan kenderaan yang lalu lalang terutamanya motorsikal.

Kenderaan mula memasuki lorong kecil menuju Kg Brey Kchay Knong yang lecak dan berlumpur. Melalui lopak2 berair, menjadikan kami terhoyong-hayang di dalam kenderaan. Sesekali terpaksa berhenti untuk berselisih dengan kenderaan lain atau memilih laluan yg kurang membahayakan.

Alhamdulillah, akhirnya sampai di Masjid Salam Abdullah di Kg Brey Kchay Knong. Mengikut firasat kami, khatib sedang memberi panduan kepada jamaah berkaitan solat Aidil Adha. Sempat juga kami bersama jamaah bertakbir dan bertahmid. Agak pasti kandungan khutbah yang dibacakan oleh khatib di atas mimbar, mengesahkan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Syukur dapat bersama saudara semuslim mengucap lafaz mulia yang menjadi penyatu ummah.

....bersambung.


MohamadAlim Konting's photo.MohamadAlim Konting's photo.MohamadAlim Konting's photo.MohamadAlim Konting's photo.

No comments:

Post a Comment