Wajar sekali bersyukur dengan apa yang dinikmati. Mempusakai watan yang aman. Tak perlu lagi menggalas senjata. Tak juga perlu bercakaran, apa tah lagi berbunuhan angkara doktrin dan ideologi yang entah apa2. Jangankan tumpah, terpercik darah pun dah memualkan.
Cukuplah tok nenek kita yg berjuang dan terkorban. Kita dambakan hidup di atas bumi bertuah ini dgn cara tersendiri. Berganding bahu meleraikan belenggu penjajahan yg nyata @ tersembunyi. Tidak perlu bermasam2 muka.
Kena selalu ingat, bertelagah antan di lesung, ayam juga yg kenyang!!!. Jgn sampai watan jadi kepompong yg terbiar setelah sekian lama menjadi pelindung kpd rerama cantik pelbagai warna yg bebas berterbangan.
Aku dan generasi pasca kemerdekaan, tugas kita tak sama tapi saling memerlukan. Watan ini cuma satu. Kalau pun tak mampu menyembur wangian, jangan sesekali memalit najis yg mengundang langau.
Jangan juga menjadi ulat yg selalu lupa akan hijaunya daun. Jangan menjadi lembaran sejarah yang meloyakan utk dibaca oleh cucu cicit kita nanti.
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-61.




No comments:
Post a Comment