Pagi2 lagi Bapak akan mengayuh basikal dengan pisau baharu terselit pada kocek seluar. Atau, diikat rapai bersama kasut getah yg sedikit koyak pada raga basikal. Memang, bapak tak reti berkasut bila berkebun. Rimas katanya. Tapak kakinya pun dah lali dengan onak duri. Manakala, aku akan duduk mengiring pada palang basikal sambil tangan memegang baldi agar tidak berayun. Sehingga usia aku belasan tahun, bapak tak benarkan aku menoreh. Bapak bimbang pokok getah rosak dan tak cantik. Aku cuma menjadi peneman dan mengutip susu getahnya sahaja. Satu lagi, bapak bimbang mata pisau torehnya rosak. Memang, mata yg halus itu akan mudah patah dan tak berfungsi bila diguna dengan lasak & tak berhati2. Aku akur.
Peringkat awal aku belajar menoreh, bapak bagi pisau lama yg sudah genting. Bapak juga suruh aku menoreh pokok tua yg kurang produktif, yg berurat keras. Biasanya mata pisau akan tersepit dan patah bila disentap. Bapak tak marah dan akan membuat mata pisau yg baharu. Semakin genting & nipis belahannya, maka semakin tajamlah pisau sebab terlalu kerap diasah. Kecuaian boleh mengoyakkan kulit dan dagingnya sekali. Sesuai dengan usiaku yg masih kecil, aku selalu menunggu bapak berteriak, "balik2..mata pisau dah patah!!!!". Aku akan cepat2 menuju ke basikal yg bapak sandar pada pokok getah di tepi jalan sambil membayangkan lastik kayu yg aku sangkutkan pada dinding rumah..
Hari ini, pisau toreh aku gantikan dgn pen dan pensil. Cucu2 bapak pun sama. Setiap kali menggantikan dakwatnya aku akan teringat pisau toreh kesayangan bapak.
No comments:
Post a Comment