Thursday, September 27, 2018

MISI KEMBOJA 7

Tanah Kemboja akan kami tinggalkan. Sebagaimana arahan yang tertera dalam whapps, para peserta yang bertshirt purple mula berkumpul pada jam 6.30 pagi waktu tempatan di lobi Cina Mamut Hotel. Hotel kecil yang menjadi tempat penginapan kami. Hotel tempat kami menghilang lelah. Buat kali pertama para peserta seramai 33 orang berkumpul di sini setelah beberapa hari bergerak secara kumpulan kecil. Pelbagai cerita menarik dikongsi.

Tergambar rasa nikmat dan kepuasan pada setiap wajah peserta. Benar, dapat menyantuni masyarakat Kemboja, melihat wajah anak2 yang menagih sesuatu, berkongsi cerita, misi dan visi menghadirkan satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Selesai bergambar sebagai kenangan, peserta rombongan bergegas menuju kenderaan masing2 yang akan membawa kami ke kediaman Tn Hj Ibrahim. Aktivis masyarakat muslim yang akan menjamu kami dengan sarapan pagi. Roti bercecah kopi, nasi goreng, berkuahkan daging masak kari sekali lagi menjadi pembuka selera kami awal pagi.

Majlis ringkas simbolik penyerahan parang dan pisau disempurnakan. Alatan yang paling berjasa dan telah memberi khidmat untuk sekian kalinya setiap kali Misi Korban dan Akikah Kemboja, dilaksanakan. Insya Allah, tahun depan ada keizinan , kesihatan dan umur panjang akan berkhidmat lagi.

Kenderaan yang membawa peserta kembara sampai di sempadan Kemboja - Vietnam setelah 45 minit perjalanan yang melalui perkampungan dan pekan kecil yang cukup tenang. Jasa dan penghargaan yang cukup tinggi kepada para pemandu dan pembantu yang cukup sabar melayan kerenah kami. Jalinan ukwah berputik tanpa disedari. Pasti, mereka terpaksa mengambil masa yang agak lama membersihkan kenderaan masing2 yang penuh calitan tanah dan lumpur.

Peserta berjalan kaki sejauh 400 meter sebaik sahaja urusan imegresen selesai diuruskan. Tidak seperti sebelum ini, urusan imegresen agak lancar kecuali ada beberapa beg yang dijilat dan dicium oleh anjing pengesan....

Selamat tinggal Kemboja. Nanti jumpa lagi...


MohamadAlim Konting's photo.MohamadAlim Konting's photo.MohamadAlim Konting's photo.MohamadAlim Konting's photo.

No comments:

Post a Comment