Tuesday, August 3, 2010

SEKILAS BERITA: KESUMA 2010


Tanggal 26 hingga 28 Julai telah berlangsung Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) 2010. Generating The Generator For Generation, telah dipilih menjadi tema kursus pada tahun ini. Matlamat utama kursus ini diadakann ialah untuk membentuk murid yang simbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek di samping memiliki jati diri, berketerampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya pemimpin. Peserta yang terdiri daripada ahli-ahli MAJASTI 2010/11 telah di bimbingan oleh penyelaras program En. Suhaimi bin Saat dengan dibantu oleh ketua-ketua rumah 2009/10. Diharapkan melalui kursus ini peserta dapat membina sikap dan gaya kepimpinan murid seterusnya mewujudkan kejelekitan yang authentic dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah.

SEKILAS BERITA: SELAMAT HARI LAHIR – MOHAMAD NORAIZAT BIN SAMSUDDIN (KELUARGA 69)





SELAMAT HARI LAHIR – MOHAMAD NORAIZAT BIN SAMSUDDIN (KELUARGA 69)


Satu majlis sambutan hari lahir untuk salah seorang ahli Keluarga 69 telah diadakah di kediaman mentor Tn. Hj Alim, di Bandar Penawar pada 25 Julai 2010 yang lalu. Kepada Noraizat……SELAMAT HARI LAHIR KE-17. SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIBERIKAN KEBERKATAN DALAM HIDUP. Dalam majlis tersebut anak-anak Keluarga 69 mengulangi ikrar untuk mengungguli carta pelajar-pelajar cemerlang SPM 2010!!!!!!!! Syabas.

Wednesday, July 21, 2010

SEKILAS BERITA: KOLOKIUM PROJEK KHAS KEBANGSAAN 2010




PROJEK KHAS .........lari atau mati


07 JULAI- Seramai 4 orang pelajar SAKTI telah terlibat dalam Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh 2010 Peringkat Kebangsaan. Kolokium ini telah berlangsung pada 07 hingga 10 Julai 2010 di Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka. Sepanjang kolokium tersebut, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai program yang diatur khusus untuk memberikan motivasi dan semangat kepada anak-anak Projek Khas seluruh negara. Antaran programnya ialah Bicara Tokoh Bersama Y.B Tan Sri Samsudin bin Hitam, Forum Melastarikan Kecemerlangan oleh Kolonel Prof. Dato’ Dr Hj Kamarudin Kachar, Prof. Madya Datuk Abu Bakar bin Diah dan Tan Sri Prof Dr. Ibrahim bin Abu Shah. Para peserta turut bertuah kerana Y.B Dr. Hj Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran, telah berkesempatan menyampaikan amanat dalam majlis tersebut. Semoga pelajar Projek Khas terus cemerlang mendukung aspirasi negara. Hargai segala pengorbanan yang telah diberikan…..


Tuesday, July 20, 2010

SEKILAS BERITA: KEMERIAHAN HARI BERSAMA PELANGGAN



KESUNGGUHAN GURU DAN IBU BAPA YANG INGINKAN ANAK-ANAK SAKTI CEMERLANG.......

16 JULAI 2010- SAKTI telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan sesi 2010. Hari Bersama Pelanggan ini telah digunakan sepenuhnya oleh guru-guru dan ibu-bapa untuk membincangkan perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak di SAKTI. Sambutan yang diberikan oleh ibu-bapa sangat menggalakkan seterusnya menjadi simbol kepada kebersamaan matlamat dan tujuan untuk melihat anak-anak SAKTI tercinta memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kepada ibu-bapa yang hadir TAHNIAH diucapkan. Kepada anak-anak SAKTI, percayalah bahawa anda akan berjaya dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Amin!





SEKILAS BERITA: PENYERAHAN TUGAS BKP 2010/2011



Badan Kepimpinan Pelajar 2009/2010


Upacara membaca ikrar BKP 2010/2011 dan simbolik penyerahan 'Blezer Presiden' BKP

19 JULAI- Satu majlis penyerahan tugas Badan Kepimpinan Pelajar (BKP) SM Sains Kota Tinggi, telah berlangsung pada pada 19 Julai 2010. Pada majlis tersebut BKP Sesi 2009/2010 yang diketuai oleh presidennya iaitu Saudara Mohd Haziq bin Mustafa dengan rasminya telah menyerahkan tugas kepada Saudara Mohd Addin bin Mohd Fuad, itu presiden BKP Sesi 2010/ 2011 yang baru. Kepada BKP 2009/2010, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga di atas kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan. Mudah-mudahan barisan kepimpinan BKP yang baru akan terus melastarikan kesinambungan kepimpinan pelajar di SAKTI dengan lebih unggul dan cemerlang. SAKTI…… Di Sini Pemimpin Dilahirkan.


Sunday, June 6, 2010

CUTI LAGI.....

Kepada anak-anak SAKTI, selamat bercuti pertengahan tahun 2010.Lakukanlah aktiviti-aktiviti yang bermanfaat sepanjang cuti kali ini. Kerja rumah yang dibekalkan siapkan segera. Jangan sampai dimarahi guru bila naik sekolah nanti. Anda anak cemerlang. Agihkan masa antara melakukan kerja-kerja sekolah dengan membantu ibu bapa di rumah. Jangan menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah apatah lagi yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan diri.

Friday, June 4, 2010

KELUARGA 69


Keluarga 69...sentiasa ceria


Mentor-Mentee merupakan program sokongan pengurusan Hal Ehwal Murid yang wajib dilaksanakan di semua SBP. Idea asal program ini ialah mengawasi dan menyelia pelajar secara kumpulan kecil dalam semua aspek kehidupan anak-anak di sekolah dan asrama. Setiap pelajar boleh memilih mentor daripada kalangan guru termasuk pengetua dan barisan pentadbir yang lain.
Keluarga 69....menikmati hidangan sambil menyelusuri Sg Lebam, menikmati pemandangan.

Keluarga 69 merupakan salah satu daripada 53 mentor-mentee yang yang terdapat di SAKTI. Dikepalai oleh Penolong Kanan HEM dengan ahli seramai 10 orang pelajar tingkatan 5 iaitu Faez, Shahrezza, Ezroy, Razif, Amirul, Noraizat, Saifudin, Aishah, Rafidah, Nurizzati dan Nor Bahiyah. Perkembangan akademik, sahsiah, emosi, dan kekeluargaan anak-anak ini adalah dibawah pengetahuan dan bimbingan mentor. Pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan bagi memastikan anak-anak Keluarga 69 tidak berasa tertekan atau bosan berada di bumi SAKTI. Kepada anak-anak Keluarga 69.....anda adalah bakal pemimpin yang lahir dari bumi SAKTI.

Keluarga 69 ...saling menghargai