Semua pelajar tingkatan satu yang memiliki kelayakan untuk meneruskan pelajaran dalam Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor, telah mula mendaftar dan belajar pada sabtu, 22 Januari 2011 yang lalu. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, pihak sekolah telah menyediakan kelas di Bilik Seminar Dua bagi tujuan pembelajaran yang bermula pada jam 7.30 pagi dengan menjemput guru-guru agama Sekolah Agama Bandar Penawar. Semoga anak-anak SAKTI dapat mengunakan peluang yang telah disediakan dengan sebaik mungkin untuk menjadi pelajar yang seimbang JERISnya.
Sunday, January 23, 2011
Friday, January 21, 2011
SELAMAT MENYAMBUT MENANTU
Alangkah indahnya kehidupan ini bila saling melengkapi. Bila yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing maka akan hilanglah segala penat lelah dan terungkailah segala bebanan yang tersimpul. Kata orang, Adat hidup tolong menolong, syariat malu memalu , mengenepikan seketika tekanan kerja, menyingsing lengan mengerah kudrat yang ada agar majlis tambah berseri. Selamat menyambut menentu kepada Ayahanda Pengetua, Tn Hj Hassan bin Topit. Mudah-mudahan majlis akan lebih dirahmati.
Tuesday, January 18, 2011
SEKILAS BERITA: PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-3 (KOKURIKULUM)
Pemeriksaan barisan 6.50 pagi Barisan guru penasihat
Perhimpunan minggu ke-3 2011 telah berlangsung di Dewan Seri Penawar tepat jam 7.00 pagi. Kali ini Unit Kokurikulum diberi tanggungjawab untuk menguruskan perhimpunan tersebut di bawah seliaan En Abd Aziz Husin, Penolong Kanan Kokurikulum SAKTI. Pasukan Kadet Remaja Sekolah telah diamanahkan untuk mengendalikan atur cara program yang dimulakan dengan pemeriksaan barisan seramai 35 anggota oleh PK Pentadbiran yang menjadi wakil rasmi Tuan Pengetua. Tahniah kepada KRS yang berjaya menguruskan perhimpunan pada kali ini.
SEKILAS BERITA: AKTIVITI SUKAN ASRAMA 2011
semangat kesukanan
15 hingga 16 Jan , Exco Suria dengan kerjasama BKP SAKTI telah berjaya menganjurkan pertandingan bola sepak, bola tampar dan bola jaring antara rumah sukan. Pertandingan yang disertai oleh sebilangan besar pelajar ini bertujuan untuk mencungkil bakat di samping mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar khususnya mengikut rumah masing-masing. Semoga aktiviti sihat seumpama ini akan berterusan.
Saturday, January 15, 2011
SEKILAS BERITA : GOTONG ROYONG SIRI 1
5 Mutiara pastinya akan lebih kemas dan menarik
"Kami nak pastikan kelas kami cantik", itulah antara kata-kata yang diluahkan oleh pelajar SAKTI yang bertungkus lumus mengindahkan kelas masing-masing pada Sabtu, 15 Januari 2011. Pelbagai gelagat dapat disaksikan sepanjang aktiviti tersebut. Kepada kelas-kelas yang terlibat, tahniah diucapkan. Begitu juga dengan guru-guru yang hadir mengawasi aktiviti tersebut. Mudah-mudahan kelas-kelas SAKTI 2011 akan terus ceria dan selesa untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. SYABAS kepada 5 Mutiara, 4 Nilam,4Baiduri dan 4 Intan tak lupa juga kepada Persatuan Agama Islam.
SEKILAS BERITA : MALAM PENUTUP MSR 2011
Minggu Silaturahim 2011 telah berakhir dengan rasminya pada malam 14 Januari 2011. Tahniah kepada pelajar baharu tingkatan satu SAKTI yang berjaya mengikuti program yang bermula pada 05 Januari 2011 yang lalu. Pelbagai atur cara telah dilaksanakan bagi memastikan pelajar baharu ini memiliki semangat juang untuk meneruskan pengajian di SAKTI. Kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SAKTI, pihak sekolah mengucapkan tahniah kerana berjaya mengendalikan program berkenaan dengan bantuan fasilitator BKP dan PRS. Pada majlis penutup pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Polis Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi yang diwakili oleh Insp. Azli untuk memberikan taklimat berkaitan kes-kes sosial dan jenayah yang melibatkan pelajar seterusnya menutup rasmi MSR 2011.
Wednesday, January 12, 2011
SEKILAS BERITA:KULIAH MAGHRIB OLEH PROF. HAJI MOHD HANIM MOHD TAHIR
Kuliah Maghrib pada 11 januari 2011 telah diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Yang Berbahagia Prof. Haji Mohd Hanim Mohd Tahir, Group Executif Director, Etc-Excel Group Sdn Bhd. Bermula jam 7.30 hingga 9.00 malam. Dalam ceramahnya beliau banyak menyentuh konsep mujahadah dan hidayah dalam Islam dan peri pentingnya anak-anak SAKTI bekerja keras serta berdoa untuk mencapai kecemerlangan diri, agama dan negara. Pelajar juga digalakkan untuk sentiasa berdakwah sebagai satu kaedah memperbaiki diri dan berkorban untuk agama untuk meningkatkan rasa cinta kepada Allah.
Insyallah anak-anak SAKTI akan cemerlang dalam akademik dan akidah. Amin.
Insyallah anak-anak SAKTI akan cemerlang dalam akademik dan akidah. Amin.
Thursday, January 6, 2011
SAKILAS BERITA: PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA 2011
SEKILAS BERITA: TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI....bayi sakti
5 Januari 2011, dalam kesebukan dan keriuhan hari pendaftaran pelajar baru tingkatan satu, warga SAKTI dikejutkan dengan kelahiran bayi lelaki seberat 1.8kg. Bayi tersebut dilahirkan di hadapan Dewan Seri Penawar oleh seorang ibu muda yang menghantar adiknya mendaftar sebagai pelajar baru. Mudah-mudahan anak bertuah ini akan menjadi sebahagian daripada warga SAKTI pada satu hari nanti.
Monday, January 3, 2011
SEKILAS BERITA: PENCIPTA SEJARAH
Seramai 88 pelajar SAKTI telah memecahkan rekod peratus kelulusan 8A dalam peperiksaan PMR 2010. Angka 70.968% yang dicatat telah cukup untuk memecahkan rekod terbaik yang pernah diperoleh dalam sejarah PMR sekolah iaitu 65.116% (2008). Berbanding 50.714% yang dicatatkan pada tahun 2009, calon-calon ini turut memecahkan rekod peningkatkan tertinggi dari segi peratus 8A bagi semua mata pelajaran yang diambil iaitu sebanyak 20.260%. Tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, KH 1 dan KH 2 telah mencatat kelulusan 100% A.
Kejayaan ini adalah hasil kerja keras anak-anak SAKTI yang turut dibantu oleh guru-guru yang gigih melaksanakan program-program yang dirancang. Dokongan, sokongan dan pemantauan berterusan olah tuan pengetua dan barisan pentadbiran menjadi nadi kecemerlangan pada kali ini. Semoga SAKTI akan terus cemerlang di persada pendidikan nasional. TAHNIAH.
Sunday, January 2, 2011
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Kepada semua anak-anak SAKTI selamat kembali ke sekolah. Tempatkan diri anda sebagai salah seorang yang akan diingati kerana kecemerlangan bukan kerana kehebatan anda mencipta masalah. Banyak ruang yang boleh anda terokai untuk anda tampilkan kecemerlangan sepanjang berada di SAKTI. Kepada pelajar PMR 2010, TAHNIAN kerana telah mencipta sejarah tersendiri. Pastinya kecemerlangan anda akan sentiasa dicemburui oleh rakan-rakan yang lain. Bersainglah secara yang lebih positif. Pilihlah rakan-rakan yang boleh membantu untuk anda menjadi insan yang hebat, bukannya rakan yang mendorong melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemusnahan diri anda, keluarga, masyarakat dan agama. Marilah kita sama-sama menyahut cabaran untuk menjadikan 2011 SIFAR DISIPLIN TEGAR. ....Benci Buli, Benci Vandalisme, Benci Pergaulan Bebas. Selamat Maju Jaya.
Sunday, October 10, 2010
SEKILAS BERITA: SAMBUTAN HARI RAYA SAKTI
Antara tetamu ....AJK PIBG Sakti
Menikmati sajian
Ally...jurugambar yang meninggalkan tugas untuk makan....
Beratur......jangan risau makanan mencukupi
Pada 25 Oktober 2010, telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SM Sains Kota Tinggi. sambutan ini diadakan di perkarangan rumah ayahanda pengetua. Pelbagai hidangan disajikan kepada para tetamu. Kepada semua yang terlibat, terimah kasih atas segala penat lelah. Maaf Zahir dan Batin.
Tuesday, September 7, 2010
SEKILAS BERITA : TADARUS DAN KHATAM ALQURAN 2010
...semoga amalan kita diterima
Tuan Pengetua menyampaikan sumbangan anak yatim/miskin
En Nor Khairi dan Ustaz Ikhsan turut serta dalam tadarus kumpulan guru.
Sempena Ramadan tahun ini SM Sains Kota Tinggi telah berjaya menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran bertempat di Surau Al-Jawahir. Majlis tersebut telah diadakan pada 02 September 2010 bermula pada jam 4.30 petang. Majlis pada hari tersebut turut dihadiri oleh tuan pengetua , guru-guru SAKTI dan YDP PIBG serta beberapa AJK. Pihak sekolah turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim/ miskin yang menuntut di SAKTI. Kepada semua yang terlibat khususnya para dermawan, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)