Sunday, January 23, 2011

SEKILAS BERITA: HARI PROFESIONALISME GURU SIRI 1


sabahagian guru SAKTI dalam Hari Profesionalisme Siri 1 2011

Kumpulan 3 sedang berbengkel

Pembentangan...En Othman

Penyampaian cenderamata dan sijil pada akhir program

Bertempat di Kompleks Rakan Muda dan Sukan Air Desaru, telah berlangsung Hari Profesionalisme Guru 2011 Siri 1 anjuran Unit Kokurikulum SAKTI. Program yang berlangsung pada Sabtu, 22 Januari 2011 ini telah bermula pada jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang telah diisi dengan ceramah dan bengkel berkaitan Program Anugerah Rakan Muda anjuran KBS dengan kerjasama KPM. Ceramah berkaitan program berkenaan telah disampaikan oleh En. Abd Rahim bin Hj Mohd Sarif, Tim. Pengarah Rakan Muda Negeri Johor. Dalam program tersebut guru-guru telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan membentengkan hasil perbengkelan pada sesi akhir program berkenaan. Tahniah kepada Unit Kokurikulum 2011, di atas usaha yang telah dilakukan.

SEKILAS BERITA : DARJAH KHAS BERMULA

hari pertama Darjah Khas 2011

berusaha menjadi insan soleh dan solehah

Semua pelajar tingkatan satu yang memiliki kelayakan untuk meneruskan pelajaran dalam Darjah Khas Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor, telah mula mendaftar dan belajar pada sabtu, 22 Januari 2011 yang lalu. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, pihak sekolah telah menyediakan kelas di Bilik Seminar Dua bagi tujuan pembelajaran yang bermula pada jam 7.30 pagi dengan menjemput guru-guru agama Sekolah Agama Bandar Penawar. Semoga anak-anak SAKTI dapat mengunakan peluang yang telah disediakan dengan sebaik mungkin untuk menjadi pelajar yang seimbang JERISnya.

Friday, January 21, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MENANTU

PK Koko.....hati-hati

Satu, dua, tiga....tarik

Inilah bukti kami bersatu...


Rehat seketika

Alangkah indahnya kehidupan ini bila saling melengkapi. Bila yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing maka akan hilanglah segala penat lelah dan terungkailah segala bebanan yang tersimpul. Kata orang, Adat hidup tolong menolong, syariat malu memalu , mengenepikan seketika tekanan kerja, menyingsing lengan mengerah kudrat yang ada agar majlis tambah berseri. Selamat menyambut menentu kepada Ayahanda Pengetua, Tn Hj Hassan bin Topit. Mudah-mudahan majlis akan lebih dirahmati.

Tuesday, January 18, 2011

SEKILAS BERITA: PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-3 (KOKURIKULUM)




Pemeriksaan barisan 6.50 pagi Barisan guru penasihat

















Perhimpunan minggu ke-3 2011 telah berlangsung di Dewan Seri Penawar tepat jam 7.00 pagi. Kali ini Unit Kokurikulum diberi tanggungjawab untuk menguruskan perhimpunan tersebut di bawah seliaan En Abd Aziz Husin, Penolong Kanan Kokurikulum SAKTI. Pasukan Kadet Remaja Sekolah telah diamanahkan untuk mengendalikan atur cara program yang dimulakan dengan pemeriksaan barisan seramai 35 anggota oleh PK Pentadbiran yang menjadi wakil rasmi Tuan Pengetua. Tahniah kepada KRS yang berjaya menguruskan perhimpunan pada kali ini.

SEKILAS BERITA: AKTIVITI SUKAN ASRAMA 2011

bola jaring wanita

meriah di tengah padang


semangat kesukanan

15 hingga 16 Jan , Exco Suria dengan kerjasama BKP SAKTI telah berjaya menganjurkan pertandingan bola sepak, bola tampar dan bola jaring antara rumah sukan. Pertandingan yang disertai oleh sebilangan besar pelajar ini bertujuan untuk mencungkil bakat di samping mengeratkan hubungan dalam kalangan pelajar khususnya mengikut rumah masing-masing. Semoga aktiviti sihat seumpama ini akan berterusan.

Saturday, January 15, 2011

SEKILAS BERITA : GOTONG ROYONG SIRI 1

Bersihkan bersama

4 Nilam pastinya juga ceria

Tingkatan 2

Persatuan Agama Islam

"Rewang" ceriakan kelas


5 Mutiara pastinya akan lebih kemas dan menarik

Lagi aktiviti 5 Mutiara


"Kami nak pastikan kelas kami cantik", itulah antara kata-kata yang diluahkan oleh pelajar SAKTI yang bertungkus lumus mengindahkan kelas masing-masing pada Sabtu, 15 Januari 2011. Pelbagai gelagat dapat disaksikan sepanjang aktiviti tersebut. Kepada kelas-kelas yang terlibat, tahniah diucapkan. Begitu juga dengan guru-guru yang hadir mengawasi aktiviti tersebut. Mudah-mudahan kelas-kelas SAKTI 2011 akan terus ceria dan selesa untuk dijadikan tempat menuntut ilmu. SYABAS kepada 5 Mutiara, 4 Nilam,4Baiduri dan 4 Intan tak lupa juga kepada Persatuan Agama Islam.

SEKILAS BERITA : MALAM PENUTUP MSR 2011

Pemeneng pelbagai pertandingan MSR menerima hadiah

Insp. Azli bersama En Ibrahim selaku wakil Tn Pengetua

Diakhiri dengan ikrar "taat setia" SAKTI

Minggu Silaturahim 2011 telah berakhir dengan rasminya pada malam 14 Januari 2011. Tahniah kepada pelajar baharu tingkatan satu SAKTI yang berjaya mengikuti program yang bermula pada 05 Januari 2011 yang lalu. Pelbagai atur cara telah dilaksanakan bagi memastikan pelajar baharu ini memiliki semangat juang untuk meneruskan pengajian di SAKTI. Kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SAKTI, pihak sekolah mengucapkan tahniah kerana berjaya mengendalikan program berkenaan dengan bantuan fasilitator BKP dan PRS. Pada majlis penutup pihak sekolah telah menjemput Pegawai Perhubungan Polis Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi yang diwakili oleh Insp. Azli untuk memberikan taklimat berkaitan kes-kes sosial dan jenayah yang melibatkan pelajar seterusnya menutup rasmi MSR 2011.







Wednesday, January 12, 2011

SEKILAS BERITA:KULIAH MAGHRIB OLEH PROF. HAJI MOHD HANIM MOHD TAHIR

wajah-wajah pejuang SAKTI

cemerlang akademik dan rohani

Prof. Haji Mohd Hanim menyampaikan kuliah



Kuliah Maghrib pada 11 januari 2011 telah diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Yang Berbahagia Prof. Haji Mohd Hanim Mohd Tahir, Group Executif Director, Etc-Excel Group Sdn Bhd. Bermula jam 7.30 hingga 9.00 malam. Dalam ceramahnya beliau banyak menyentuh konsep mujahadah dan hidayah dalam Islam dan peri pentingnya anak-anak SAKTI bekerja keras serta berdoa untuk mencapai kecemerlangan diri, agama dan negara. Pelajar juga digalakkan untuk sentiasa berdakwah sebagai satu kaedah memperbaiki diri dan berkorban untuk agama untuk meningkatkan rasa cinta kepada Allah.
Insyallah anak-anak SAKTI akan cemerlang dalam akademik dan akidah. Amin.

Thursday, January 6, 2011

SAKILAS BERITA: PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA 2011

'Persembahan ' selingan dari pelajar putera

Guru dan pelajar 2011...ceria dan bersemangat

JANJI KAMI......menjelang 2011
Perhimpunan rasmi pertama 2011 berlangsung di Dewan Seri Penawar pada pagi Isnin, 03 Januari. Perhimpunan diisi dengan taklimat pengurusan tertinggi dan diakhiri dengan akujanji pelajar dan guru 2011. Semoga SAKTI akan terus terbilang.


SEKILAS BERITA: TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI....bayi sakti




5 Januari 2011, dalam kesebukan dan keriuhan hari pendaftaran pelajar baru tingkatan satu, warga SAKTI dikejutkan dengan kelahiran bayi lelaki seberat 1.8kg. Bayi tersebut dilahirkan di hadapan Dewan Seri Penawar oleh seorang ibu muda yang menghantar adiknya mendaftar sebagai pelajar baru. Mudah-mudahan anak bertuah ini akan menjadi sebahagian daripada warga SAKTI pada satu hari nanti.

Monday, January 3, 2011

SEKILAS BERITA: PENCIPTA SEJARAH


Seramai 88 pelajar SAKTI telah memecahkan rekod peratus kelulusan 8A dalam peperiksaan PMR 2010. Angka 70.968% yang dicatat telah cukup untuk memecahkan rekod terbaik yang pernah diperoleh dalam sejarah PMR sekolah iaitu 65.116% (2008). Berbanding 50.714% yang dicatatkan pada tahun 2009, calon-calon ini turut memecahkan rekod peningkatkan tertinggi dari segi peratus 8A bagi semua mata pelajaran yang diambil iaitu sebanyak 20.260%. Tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, KH 1 dan KH 2 telah mencatat kelulusan 100% A.
Kejayaan ini adalah hasil kerja keras anak-anak SAKTI yang turut dibantu oleh guru-guru yang gigih melaksanakan program-program yang dirancang. Dokongan, sokongan dan pemantauan berterusan olah tuan pengetua dan barisan pentadbiran menjadi nadi kecemerlangan pada kali ini. Semoga SAKTI akan terus cemerlang di persada pendidikan nasional. TAHNIAH.

Sunday, January 2, 2011

2011 SIFAR DISIPLIN TEGAR
.....benci BULI
.....benci VANDALISME
.....benci PERGAULAN BEBAS
"jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga"

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Kepada semua anak-anak SAKTI selamat kembali ke sekolah. Tempatkan diri anda sebagai salah seorang yang akan diingati kerana kecemerlangan bukan kerana kehebatan anda mencipta masalah. Banyak ruang yang boleh anda terokai untuk anda tampilkan kecemerlangan sepanjang berada di SAKTI. Kepada pelajar PMR 2010, TAHNIAN kerana telah mencipta sejarah tersendiri. Pastinya kecemerlangan anda akan sentiasa dicemburui oleh rakan-rakan yang lain. Bersainglah secara yang lebih positif. Pilihlah rakan-rakan yang boleh membantu untuk anda menjadi insan yang hebat, bukannya rakan yang mendorong melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemusnahan diri anda, keluarga, masyarakat dan agama. Marilah kita sama-sama menyahut cabaran untuk menjadikan 2011 SIFAR DISIPLIN TEGAR. ....Benci Buli, Benci Vandalisme, Benci Pergaulan Bebas. Selamat Maju Jaya.

Sunday, October 10, 2010


REBUTLAH LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA:

MUDA SEBELUM TUA

SIHAT SEBELUM SAKIT

KAYA SEBELUM FAKIR

MASA LAPANG SEBELUM MASA SEBUK

HIDUP SEBELUM MATI

SEKILAS BERITA: SAMBUTAN HARI RAYA SAKTI


Antara tetamu ....AJK PIBG Sakti


Menikmati sajian

Ally...jurugambar yang meninggalkan tugas untuk makan....



Beratur......jangan risau makanan mencukupi

Pada 25 Oktober 2010, telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SM Sains Kota Tinggi. sambutan ini diadakan di perkarangan rumah ayahanda pengetua. Pelbagai hidangan disajikan kepada para tetamu. Kepada semua yang terlibat, terimah kasih atas segala penat lelah. Maaf Zahir dan Batin.