Thursday, July 21, 2011
SEKILAS BERITA : PERKONGSIAN PINTAR SPM SAKTI – PPD KOTA TINGGI
Kerjasama erat SAKTI-PPD Kota Tinggi dalam memastikan kecemerlangan akademik SPM 2011 dapat dilihat melalui perkongsian pintar calon-calon SPM pada tahun ini. Seramai 34 pelajar SPM yang mewakili setiap sekolah menengah di Kota Tinggi telah berkampung di SAKTI mulai 10 hingga 15 Julai. Mereka berpeluang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan harian bersama pelajar-pelajar SAKTI. Sepanjang berada di SAKTI peserta telah dibekalkan dengan modul-modul pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru SAKTI.Semoga dengan usaha ini kedua-dua pihak iaitu SAKTI dan PPD Kota Tinggi akan memperoleh manfaatnya melalui pencapaian cemerlang calon-calon SPM 2011, Insya Allah.
SEKILAS BERITA : PERKONGSIAN PINTAR SPM SAKTI – SMK PASIR GUDANG 2
Baru-baru ini SAKTI telah menerima kunjungan seramai 25 pelajar dari SMK Pasir Gudang 2 sempena program kecemerlangan dan peningkatan akademik sekolah tersebut. Pelajar-pelajar berkenaan telah ditempatkan di SAKTI mulai 20 hingga 24 Jun 2011. Mereka berpeluang untuk mengikuti proses P&P di samping merasai sendiri cara kehidupan pelajar SAKTI. SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON-CALON SPM DAN PMR SMKPG2.
SEKILAS BERITA : HARI BERSAMA PELANGGAN SIRI 1
Pada 08 Julai 2011 (Jumaat), SAKTI telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan (HBP) yang bertempat di DSP dan Surau Al Jawahir. Sambutan HBP pada kali ini amat menggalakkan dan di luar jangkaan pihak sekolah. Pelbagai isu telah diutarakan oleh para ibu-bapa sepanjang program berlangsung. Perjumpaan pengetua dengan ibu-bapa pelajar PMR dan SPM yang gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan pertengahan tahun turut diadakan di Surau Al-Jawahir. Dalam perjumpaan tersebut Penolong Kanan SAKTI turut menyampaikan taklimat berkaitan prestasi pelajar dan harapan sekolah kepada calon-calon peperiksaan awam 2011. Sesi dialog dan luahan rasa ibu-bapa pelajar yang terlibat turut diadakan. Terima kasih kepada semua ibu-bapa yang hadir memberikan sokongan dalam menjayakan HBP tahun ini.
SEKILAS BERITA : PROGRAM QIAMULLAIL SPM 2011
Qiamullail SPM 2011 telah berlangsung dangan jayanya pada 2 Julai yang lalu di Masjid As-Sifa, Bandar Penawar. Seramai 135 pelajar tingkatan 5 telah terlibat dalam program ini. Ayahanda pengetua bersama Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid dan imam turut hadir dalam sesi penutupan program berkenaan. Mudah-mudahan program ini dapat membantu meningkatkan kecemerlangan calon-calon SPM 2011. TAHNIAH.
SEKILAS BERITA: PROGRAM QIAMULLAIL PMR
Bertempat di Masjid As-Sifa’ Bandar Penawar berlangsung program qiamullail pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PMR hujung tahun ini. Program ini memberi tumpuan kepada proses pengukuhan kerohanian para pelajar yang terlibat. Sepanjang program berkenaan para pelajar turut diberikan bimbingan dan motivasi oleh guru-guru yang terlibat. Program bermula pada jam 6.30 petang 17 Jun dan berakhir dengan aktiviti gotong-royong pada keesokan harinya. Tahnian dan terima kasih kepada pelajar dan guru yang terlibat.
SEKILAS BERITA : SEKOLAH KLUSTER DAN TAWARAN BAHARU PENGETUA
SAKTI menjadi salah sebuah sekolah di negeri Johor yang telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Tawaran Baharu Pengetua pada tahun ini. Beberapa orang pegawai nazir telah ‘berkunjung’ bagi proses pemantauan dan penilaian yang berlangsung pada 16 dan 23 Mei 2011. Semoga apa yang dihasratkan oleh warga SAKTI akan tercapai.
Thursday, July 14, 2011
SEKILAS BERITA: LAWATAN PENANDA ARAS KE SASER
Pada 2 April 2011, seramai 45 orang guru SAKTI talah melakukan lawatan penanda aras ke SASER Seremban. Rombongan diketuai sendiri oleh pengetua SAKTI Tn Hj Hassan bin Topit. Matlamat utama lawatan adalah untuk mempelajari kecemerlangan pengurusan dan program-program akademik yang telah meletakkan SASER sebagai sekolah terunggul di Malaysia. Sesi dialog, perbengkelan dan taklimat telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga SAKTI akan turut seiring dengan SASER dalam usaha menjana kecemerlangan warganya.
SEKILAS BERITA: MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PK SAKTI
Majlis penyerahan tugas antara En Ibrahim bin Omar dengan Tn Hj Mohamad Alim bin Konting telah berlangsung di Dewan Seri Penawar pada 24 Mac 2011. Upacara tersebut turut disaksikan oleh Ayahanda Pengetua, YDP PIBG dan semua pelajar SAKTI. TAHNIAH kepada En Ibrahim Omar yang telah dilantik sebagai Pengetua SMK Kahang Timur, Kluang. Semoga beliau akan terus cemerlang dalam pentadbiran di sekolah yang baharu. TAHNIAH.
Tuesday, March 8, 2011
SEKILAS BERITA : PENILAIAN KURIKULUM 1 2011
SEKILAS BERITA: KRIKET, SAKTI JUARA LAGI
Tn Hj Mohd Kholil bin Mohamad menyampaikan ucapan majlis penutupan.
Kegembiraan Warga SAKTI bersama ayahanda pengetua.
06 Mac 2011, Sabtu: Kejohanan Kriket SBP Zon Selatan yang telah berlangsung , sekali lagi menobatkan SAKTI sebagai JOHAN setelah Berjaya menundukkan SSI, Mersing dalam perlawan akhir. Pemain SAKTI turut dipilih sebagai Best Wicketkeeper, Best Bowler dan Best Allrounder manakala bagi anugerah Best Bats Man telah dirangkul oleh pemain SBPIS, Melaka. Kejohanan pada kali ini menampilkan 12 pasukan sekolah-sekolah SBP Zon Selatan. Tiga lokasi telah digunakan iaitu Stadium Bandar Penawar, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan di SAKTI sendiri. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Kholil bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Kepimpinan SBPSK, KPM. TAHNIAH SAKTI!!!.
SEKILAS BERITA: MESYUARAT HEM SBP
03 Mac 2011, Khamis : Mesyuarat HEM SBP Bil.2/2011, anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah berlangsung di Cyberjaya, Selangor bermula pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Mesyuarat telah membincangkan beberapa isu berkaitan dengan pengurusan HEM di sekolah-sekolah berasrama penuh. Yang Berbahagia Pn Ashah binti Samah selaku Pengarah, Bahagian Pengurusan SBPSK, KPM turut sama menyampaikan amanat dalam mesyuarat pada kali ini.
Tuesday, March 1, 2011
SEKILAS BERITA: PERMATA SAKTI
TAHNIAH dan SYABAS kepada putera SAKTI Mohamad Syahirwan Mohd Azhar pelajar tingkatan 5, yang telah mengharumkan nama sekolah setelah dipilih mewakili negara dalam kejohanan ragbi Bangkok'10 Challenge, pada 11 - 15 Februari yang lalu. Syahirwan menjadi salah seorang daripada 18 pemain bawah 18 tahun negara yang menjadi JOHAN setelah berjaya mengalahkan Sri Langka 27 - 0. Dalam perlawanan ke-2, pasukan negara berjaya menjinakkan Thailand 24 - 0 seterusnya India 24 - 0. Pada peringkat separuh akhir, menewaskan Australia 7 - 0 manakala pada perlawanan akhir pasukan negara berjaya sekali lagi mengalahkan Thailand dengan 27 - 0.
Monday, February 28, 2011
SEKILAS BERITA: MENARA JAM SAKTI
SEKILAS BERITA: PENUTUPAN MINGGU C&C 2011
Persembahan pentas majlis penutupan C&C 2011
Sabahagian penonton pada malam penutup
26 FEBRUARI 2011 (SABTU): Malam penutupan Minggu C&C 2011 telah berlangsung dangan meriahnya pada malam Sabtu yang lalu. Pelbagai acara telah dilangsungkan pada majlis berkenaan. Antaranya ialah persembahan pentas yang bertemakan alam sekitar dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai pertandingan sepanjang Minggu C&C 2011.Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohamad Alim bin Konting, Penolong Kanan HEM yang mewakili ayahanda pengetua. Kepada para pemenang loker terbaik, meja terbaik, katil terbaik, kelas terbersih dll, teruskan usaha anda. TAHNIAH kepada BKP yang telah berjaya menganjurkan program tahunan ini. SYABAS.
SEKILAS BERITA: MAULIDUR RASUL BANDAR PENAWAR / KEJORA
kontinjen SAKTI yang terlibat dalam perarakkan pada kali ini
27 FEBRUARI 2011(AHAD): Seramai 30 orang pelajar SAKTI telah terlibat dalam perarakkan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Bandar Penawar. Seawal jam 7.30 pagi pelajar-pelajar yang terlibat telah berkumpul di perhentian bas dan teksi Bandar Penawar As-Syifa Bandar Penawar sejauh 2 km. Dalam masa yang sama pertandingan sepanduk turut diadakan sempena sambutan pada kali ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)