Cerita hujan dan torehan tak mungkin terpisah. Bagi bapak hujan adalah satu 'ancaman'. Akan putuslah pendapatan pada hari itu. Bapak mula berkira2 wangnya di saku utk menyuapi mulut kami jika hujan berterusan tanpa henti. Aku pula menganggap hujan sebagai 'rezeki'. Malah kekadang bertindak seperti bomoh. Berdoa agar hujan turun dini hari. Bolehlah aku bermain polis santeri dgn teman2. Sebab itu, awan kelabu pun aku akan khabarkan pada bapak sebagai mendung gelap, gerimis dikatakan hujan lebat, guruh pun seperti halilintar. Segalanya utk mempengaruhi bapak supaya tidak ke kebun.
Paling dramatik bila siap menoreh baru ada tanda2 langit, hujan nak turun. Kami akan berkejaran. Paling seronok akan bersahut-sahutan dengan penoreh2 kebun bersebelahan. Meriah.
"Dah balik!!!! hujan nak turun!!!. Mbangkit-mbangkit!!!".
Kami akan bersegera ke depan mencapai baldi. Berlari melangkahi banir dan akar pokok menyelamatkan sebanyak mungkin susu getah dalam cawan yg masih mahu menampung titisan.
Saat ini mungkin bapak dan emak rasa kecewa. Namun, aku tak pernah ambil peduli ketika itu. Biasanya susu getah yg telah bercampur air hujan akan rosak. Akan cepat 'membubur'. Tidak boleh dijadikan getah keping. Akan dibiarkan dalam baldi selepas dimasukkan sebanyak mungkin skrap yg bercampur kulit2 pokok untuk menambah berat. Kami akan sembunyikan di sebalik timbunan resam, menunggu keesokkan hari utk dijual sebagai 'ojol'.
Basah kuyup bapak mengayuh basikalnya.
Aku yg duduk di palang sesekali merasa masinnya peluh bapak yg bercampur dengan air hujan yg menitik dari topi yg dipakai...
SEKILASIKANDIAIR
SEHEBAT BITARA & BERBUDAYA
Sunday, September 30, 2018
NOREH Part 1
Bapak akan duduk di pangkin atau amben rumah. Bibirnya mengepit kemas rokok daun yg tak berasap. Sebagai syarat menyedut nikmat bau tembakau. Bersamanya ialah kikir dan batu asah sebagai alat membuat mata pisau toreh @ noreh yg baharu dibelinya. Aku suka melihat bagaimana bapak mengikir pisau yg bengkok dihujungnya. Mata pisau yg kecil saiznya itulah yg akan menentukan keselesaan bapak menoreh getah di kebun. Mata pisau itulah yg menjadi musabab rezeki kami. Sebab itu, Bapak buat dgn cukup teliti & berhati2.Hanya akan berhenti bila bapak yakin akan ketajamannya. Selesai, bapak akan bungkus kemas2. Biasanya dimasukkan bahagian yg tajam ke dalam kotak mancis kayu cap lada merah sebelum dibungkus dengan kain percha.
Pagi2 lagi Bapak akan mengayuh basikal dengan pisau baharu terselit pada kocek seluar. Atau, diikat rapai bersama kasut getah yg sedikit koyak pada raga basikal. Memang, bapak tak reti berkasut bila berkebun. Rimas katanya. Tapak kakinya pun dah lali dengan onak duri. Manakala, aku akan duduk mengiring pada palang basikal sambil tangan memegang baldi agar tidak berayun. Sehingga usia aku belasan tahun, bapak tak benarkan aku menoreh. Bapak bimbang pokok getah rosak dan tak cantik. Aku cuma menjadi peneman dan mengutip susu getahnya sahaja. Satu lagi, bapak bimbang mata pisau torehnya rosak. Memang, mata yg halus itu akan mudah patah dan tak berfungsi bila diguna dengan lasak & tak berhati2. Aku akur.
Peringkat awal aku belajar menoreh, bapak bagi pisau lama yg sudah genting. Bapak juga suruh aku menoreh pokok tua yg kurang produktif, yg berurat keras. Biasanya mata pisau akan tersepit dan patah bila disentap. Bapak tak marah dan akan membuat mata pisau yg baharu. Semakin genting & nipis belahannya, maka semakin tajamlah pisau sebab terlalu kerap diasah. Kecuaian boleh mengoyakkan kulit dan dagingnya sekali. Sesuai dengan usiaku yg masih kecil, aku selalu menunggu bapak berteriak, "balik2..mata pisau dah patah!!!!". Aku akan cepat2 menuju ke basikal yg bapak sandar pada pokok getah di tepi jalan sambil membayangkan lastik kayu yg aku sangkutkan pada dinding rumah..
Hari ini, pisau toreh aku gantikan dgn pen dan pensil. Cucu2 bapak pun sama. Setiap kali menggantikan dakwatnya aku akan teringat pisau toreh kesayangan bapak.

ALAHAI PAK KADOK
Guru ngaji aku masa kecik2 dulu pernah menyebut, dosa itu putiknya di kalbu, buahnya di pencaindera. Benar, zaman sekarang macam2 cara mengumpan dosa. Gerakkannya cukup lembut dan halus.Tak cukup guna kaki & tangan, mereka guna mulut dan mata. Terbaharu pakai hujung jari. Sebenarnya, kita kena guna akal dan budi utk menilai sendiri. Bertahun kita belajar, takkan semudah itu kita dibeli. Tak perlulah terikut2 rentak orang. Orang bertepuk, kita pun nak bertepuk. Nak glamer punya pasal, sejengkal pun katanya sehasta. Esok lusa, yang sehasta akan jadi sedepa. Jika betul yg diucap, baguslah. Namun, kalau sekadar seronok nak dengar tempik sorak, jawab le sendiri nanti.
Kalau dah kemaruk menjala ikan, di tengah padang pun jika boleh nak memasang lukah. Jika ada orang2 sebegini kita kena berwaspada. Kalau dibiarkan dia akan menanam kepercayaan bahawa puyuh pun berekor dan bebayang pun boleh dijumpai di tengah malam pekat. Bahaya!!
Pertembungan kepercayaan inilah nanti yang bikin onar masyarakat. Luka bertambah dalam, hati bertambah dendam. Benci menjadi kesumat. Musuh akan terus menjadi seteru. Baik2 koyak menjadi rabak. Pecah yg sepatutnya masih boleh disambung, terus menjadi lumat.

Alahai Pak Kaduk, dah telanjang bulat pun masih tersenyum simpul. Tutup dulu 'anunya'. Malu kat anak2 kecil. Nanti Pak Kaduk juga yang jadi bahan cerita.
Thursday, September 27, 2018
KAMAR BICARA
Duduk di dalam kamar mengadap kandang kecil spt ini tidak pernah aku impikan. Apatah lagi yg melibatkan perbicaraan. Rasanya, tak ada siapa yang sanggup menerima keputusan dan pertimbangan yg dibuat oleh orang lain!.
Memasuki bangunan ini, seperti juga hospital dan balai polis, aku akan cuba elakkan. Memang tak banyak yang aku tahu berkenaan kamar 'misteri' ini. Mungkin kerana terpengaruh dengan kebanyakkan cerita hindustan yang menjadikan kamar seperti ini sebagai latar wajib dalam kebanyakkan filemnya, maka persepsi aku terhadap kamar mahkamah juga agak negatif.
Sama seperti tanggapan aku terhadap si burung hantu. Sisinya sentiasa hitam, hodoh, menjengkelkan dan menakutkan. Inilah kamar yang sering menjadi saksi persoalan hak dan kebatilan. Dua perkataan yang terlalu kontradiktif sifatnya.
Juga menjadi tempat manusia mempertahankan maruah sehingga sanggup menjarakkan keluarga, persahabatan dan menyemarakkan api permusuhan. Tempat yang meletakkan 'Yang Arif' memutuskan timbang taranya. Mengangkat tinggi 'keadilan' mengikut takrifan dan hujah2 manusiawi.
Untuk melihat anak disarungkan 'Lowyer Robe' pagi ini membawa aku ke sini. Buat kali pertama aku masuk ke bangunan yg telah banyak sejarahnya. Bermula pada zaman Kesultanan Melaka disusuli dgn gelombang perubahan yang dibawa oleh pemerintahan kolonial British melalui 'common law'nya, mahkamah seperti ini melaksanakan fungsinya.
Bersimbolkan dacing, sudah tentu apa yang diperjuangkan melalui kamar ini ialah keadilan. Kes Botak Chin (1981) dan Mona Fandey (2001) antara beberapa peristiwa yg mengenalkan aku kpd istilah2 spt prima facie, afidavit, habeas corpus, alibi dll.
Terima kasih Pn Roslina Sabiyah (ex SMKABP) yg sudi membacakan petition dan Pn Ros yg penuh tertib menyarungkan lowyer robe.
Selesai Yang Arif berbicara, "Afrina Hannani binti Mohamad Alim dengan ini diterima dan didaftarkan sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya." Terasa seperti ada air yang bertakung di kelopak mata.

SAYANGI MALAYSIAKU
Aku dan generasi pasca kemerdekaan .
Wajar sekali bersyukur dengan apa yang dinikmati. Mempusakai watan yang aman. Tak perlu lagi menggalas senjata. Tak juga perlu bercakaran, apa tah lagi berbunuhan angkara doktrin dan ideologi yang entah apa2. Jangankan tumpah, terpercik darah pun dah memualkan.
Cukuplah tok nenek kita yg berjuang dan terkorban. Kita dambakan hidup di atas bumi bertuah ini dgn cara tersendiri. Berganding bahu meleraikan belenggu penjajahan yg nyata @ tersembunyi. Tidak perlu bermasam2 muka.
Kena selalu ingat, bertelagah antan di lesung, ayam juga yg kenyang!!!. Jgn sampai watan jadi kepompong yg terbiar setelah sekian lama menjadi pelindung kpd rerama cantik pelbagai warna yg bebas berterbangan.
Aku dan generasi pasca kemerdekaan, tugas kita tak sama tapi saling memerlukan. Watan ini cuma satu. Kalau pun tak mampu menyembur wangian, jangan sesekali memalit najis yg mengundang langau.
Jangan juga menjadi ulat yg selalu lupa akan hijaunya daun. Jangan menjadi lembaran sejarah yang meloyakan utk dibaca oleh cucu cicit kita nanti.
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-61.

MISI KEMBOJA 8
Kampung Truong di daerah Tan Chau di Barat Laut Ho Chi Minh, Vietnam, menjadi destinasi persinggahan terakhir misi kembara pada kali ini. Peserta tiba sekitar jam 11.40 pagi waktu tempatan. Kira-kira 45 minit perjalanan selepas melepasi sempadan.
Bas yang melalui jalan kecil berturap tar, berhenti betul-betul di hadapan kediaman keluarga Ustaz Mahir, Presiden Yayasan Al-Rahmah, Kemboja. Kami disajikan dengan hidangan makanan tengah hari sambil menunggu masuknya waktu Solat Jumaat. Talapia dan ayam goreng bercicahkan kuah lada menjadi santapan peserta kembara.
Selepas makan, kami berjalan kaki bergerak ke Masjid Jamiul Nia'mah yang tidak jauh dari situ. Masjid yang berkongsi kawasan dengan Madrasah Al Quran itu nampak agak kemas dan luas.
Melihat catatan-catatan pada papan putih yang tergantung, jelas masjid berkenaan menjadi nadi kepada kegiatan keagamaan masyarakat setempat. Beberapa jemaah kelihatan khusuk beriktikaf menunggu hadirnya waktu solat.
Menariknya, jidur yang digantung bersebelahan pintu masuk utama, turut dipalu bagi tujuan mengingatkan komuniti untuk memberhentikan segala aktiviti bagi sama-sama hadir ke masjid. Rentak paluannya saling tak tumpah seperti paluan jidur oleh Pak Bilal di kampung - kampung suatu ketika dahulu.
Masuk sahaja waktu solat, muazin dalam lingkungan umur 60an menjalankan tugasannya. Sekali lagi lunak taranumnya sama dengan kebanyakkan muazin di negara kita. Begitu juga dengan dua khutbah yang disampaikan oleh khatib muda, berserban tinggi dan berjanggut panjang, lancar membacanya di atas mimbar.
Khatib mengingatkan para jamaah akan pentingnya mengisi umur yang ada dengan amal solleh, bukannya melakukan dosa dan maksiat. Umur akan menjadi persoalan penting pada hari akhirat kelak. Disebalik putaran bumi dan matahari yang sentiasa terbit di Timur dan tenggelam di Barat, manusia perlu bijaksana menggunakan usia yang dipinjamkan.
Khatib juga mengajak jamaah agar sentiasa menghisab diri sebelum dihisab oleh Allah SWT.
Dengan nasihat dan peringatan yang sering dilontarkan melalui mimbar-mimbar masjid bukat setakat di negara kita tetapi juga di seluruh Nusatara, aku sebenarnya bertambah musykil dengan sikap umat mutakhir ini.
Perlu apakah kita berasa ego dengan pangkat, harta dan kekuasaan. Sehinggakan disesetengah wilayah, terpaksa menggunakan kekerasan dan kematian untuk berebutkan sesuatu. Pedoman apa yang digunakan pun aku kurang pasti.
Usai solat, kami bersegera untuk melakukan ibadah penyembelihan korban di kampung Truong. Memandangkan cuma lapan ekor lembu yang akan dikorbankan, penyembelihan hanya dilakukan oleh Ustaz Mohd Azman. Itupun setelah jari Ustaz Juhari selaku penyembelih pertama mengalami luka terkena mata pisau.
Jam 2.05 pm, kembara bergerak pulang.
Setakat catatan ini ditulis, sudah 2 jam setengah kenderaan kami bergerak menuju Ho Chi Minh City. Ada lebih kurang tiga atau mungkin empat jam lagi sebelum sampai. Namun, para peserta berasa lega selepas masing2 melepaskan 'hajat' di sebuah stesen minyak...

MISI KEMBOJA 7
Tanah Kemboja akan kami tinggalkan. Sebagaimana arahan yang tertera dalam whapps, para peserta yang bertshirt purple mula berkumpul pada jam 6.30 pagi waktu tempatan di lobi Cina Mamut Hotel. Hotel kecil yang menjadi tempat penginapan kami. Hotel tempat kami menghilang lelah. Buat kali pertama para peserta seramai 33 orang berkumpul di sini setelah beberapa hari bergerak secara kumpulan kecil. Pelbagai cerita menarik dikongsi.
Tergambar rasa nikmat dan kepuasan pada setiap wajah peserta. Benar, dapat menyantuni masyarakat Kemboja, melihat wajah anak2 yang menagih sesuatu, berkongsi cerita, misi dan visi menghadirkan satu perasaan yang sukar untuk digambarkan.
Selesai bergambar sebagai kenangan, peserta rombongan bergegas menuju kenderaan masing2 yang akan membawa kami ke kediaman Tn Hj Ibrahim. Aktivis masyarakat muslim yang akan menjamu kami dengan sarapan pagi. Roti bercecah kopi, nasi goreng, berkuahkan daging masak kari sekali lagi menjadi pembuka selera kami awal pagi.
Majlis ringkas simbolik penyerahan parang dan pisau disempurnakan. Alatan yang paling berjasa dan telah memberi khidmat untuk sekian kalinya setiap kali Misi Korban dan Akikah Kemboja, dilaksanakan. Insya Allah, tahun depan ada keizinan , kesihatan dan umur panjang akan berkhidmat lagi.
Kenderaan yang membawa peserta kembara sampai di sempadan Kemboja - Vietnam setelah 45 minit perjalanan yang melalui perkampungan dan pekan kecil yang cukup tenang. Jasa dan penghargaan yang cukup tinggi kepada para pemandu dan pembantu yang cukup sabar melayan kerenah kami. Jalinan ukwah berputik tanpa disedari. Pasti, mereka terpaksa mengambil masa yang agak lama membersihkan kenderaan masing2 yang penuh calitan tanah dan lumpur.
Peserta berjalan kaki sejauh 400 meter sebaik sahaja urusan imegresen selesai diuruskan. Tidak seperti sebelum ini, urusan imegresen agak lancar kecuali ada beberapa beg yang dijilat dan dicium oleh anjing pengesan....
Selamat tinggal Kemboja. Nanti jumpa lagi...

MISI KEMBOJA 6
Kampung Kekong terpaksa kami tinggalkan segera. Pergerakan untuk hari ini perlu dirancang secara rapi. Selain daripada jarak yang jauh untuk ke Sen Chomren, kami perlu singgah di Dong Kam Pet terlebih dahulu. Dalam masa yang sama, peserta akan singgah melihat perkembangan pembinaan Kompleks Pendidikan Yayasan ar-Rahmah dan kebun mangga yang diusahakan oleh pihak yayasan. Sebab itu, selewat-lewat jam 11.30 pagi, kami mesti bergerak menuju ke Dong Kam Pet yang masih terletak di Wilayah Tebong Khamom. Terdapat 12 ekor lembu yang menunggu giliran untuk dikorbankan di sini.
Mendung yang mula menampakkan pergerakkan menambah kebimbangan kami. Jika hujan sebelum selesai proses penyembelihan, akan mengundang kerumitan yang sukar nak dibayangkan.
Dong Kam Pet merupakan antara perkampungan muslim yang berhampiran dengan jalan utama. Menurut En Zahari, yang berusia sekitar 40an, dan pernah berkerja di Kuala Ketil, Kedah, perkampungan ini dihuni oleh 400 buah keluarga muslim yang rata-ratanya bekerja di sawah. Ramai yang telah berhijrah keluar, termasuk bermastautin di Malaysia untuk berebut mencari pendapatan. Surau kecil yang dibina di pinggir jalan masuk juga masih memerlukan sumbangan untuk disempurnakan.
Penyembelihan di Dong Kam Pet berjalan lancar. 12 ekor dengan 2 orang penyembelih cuma memerlukan masa tidak lebih 45 minit.
Selesai di Dong Kam Pet, pasukan kami meneruskan misi ke Sen Chomren. Dijangkakan untuk sampai ke kampung ini memerlukan masa yang agak lama. Selain mengejar waktu untuk solat, jumlah lembu yang akan dikorbankan juga merupakan antara yang paling banyak iaitu 62 ekor!!!.
Selepas hampir 2 jam bergerak dari Dong Kam Pet, kenderaan Starex yang telah 2 hari berkhidmat kepada kumpulan 1, membelok ke jalan bertanah merah. Melepasi sahaja pintu gerbang, Starex yang dipandu mulai terhoyong-hayang melayan lopak dan lumpur pada permukaan jalan. Agak mustahil untuk kami berehat tenang dan melelapkan mata dalam keadaan tersebut. Sesekali, pinggul kami terlompat dari tempat duduk bila tayar Starex melanggar lubang.
Jarak lebih kurang 10 kilometer jalan tanah merah itu, kami lalui terasa begitu lama. Bagi mengisi masa, kami berbincang memasang strategi bagaimana nak mengurus 62 ekor lembu agar cepat diselesaikan.
Diputuskan, pasukan penyembelih akan dibahagi dua dan operasi dilakukan serentak. Itupun dengan andaian semua lembu telah siap dibaringkan. Jika tidak, kami menjangkakan proses penyembelihan akan berlarutan sehingga lewat petang atau mungkin sahaja ke malam.
Kami sempat singgah ke tapak Kompleks Pendidikan Yayasan Rahmah yang tidak jauh dari masjid tempat operasi korban di Sen Chomren. Kompleks pendidikan yang merangkumi bangunan sekolah, asrama, surau, rumah guru dan bangunan pentadbiran, masih belum siap sepenuhnya. Kompleks pendidikan inilah yang dibangunkan dengan dana yang sebahagian besarnya disumbangan oleh Pekdis dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Johor melalui Misi Kembara Korban, Akikah dan Dana Pendidikan yang dianjurkan saban tahun sejak 2013. Dengan pembelian tanah seluas 5 ekar, proses pembinaan bangunan bermula pada tahun 2016.
Sesampainya di perkarangan masjid, kami berpandangan sesama sendiri. Tiada kelibat lembu yang terbaring, yang ada cuma tiga ekor yang sedang diiringi masuk ke laman masjid menuju padang bola sepak yang terletak di bahagian belakang. Kami mula berbisik, ragu bercampur cemas. Perancangan yang dibincangkan sepanjang perjalanan tidak menjadi.
Tiada siapa yang sanggup bertanya dengan komunikasi yang amat terhad sebegini. Kami mengubah perancangan. Perlu makan dan solat jamak takdim terlebih dahulu, sambil menunggu 62 ekor lembu sampai dan diuruskan oleh penduduk kampung. Beberapa anggota keselamatan Kemboja berlegar-legar di luar rumah tempat kami makan tengah hari. Resah juga dibuatnya, sebab pada empat lokasi sebelum ini, tiada seorang pun kelibat anggota keselamatan yang datang memantau.
Akhirnya, segala keresahan berkenaan lembu2 yang hendak disembelih terjawab bila Ustaz Mahir memberitahu, operasi penyembelihan akan dilakukan di rumah penduduk kampung. Hanya 6 ekor sahaja yang akan disembelih di perkarangan masjid.
Lega..Maksudnya, kami akan menggunakan strategi awal untuk mempercepatkan proses penyembelihan. Entah apa puncanya, seekor lembu yang telah siap dibaringkan mati sebelum sempat disembelih. Plan kontingensi terpaksa diambil. Seekor lembu ganti perlu disediakan.
Selesai sahaja proses penyembelihan yang agak meletihkan, kami bergerak ke lokasi berikutnya sebelum tiba Cina Mamut Hotel yang terletak di sempadan Vietnam pada jam 7.00 malam. Empat jam perjalanan benar2 memanaskan punggung. Di sinilah tempat semua peserta kembara berkumpul sebelum bergerak ke Ho Chi Menh keesokan harinya...

MISI KEMBOJA 5
Alhamdulillah... Meneruskan amanah pada hari pertama tasyriq di bumi Kemboja ini dgn memulakan penyembelihan di Kg Kekong. 28 ekor disembelih di sini. Wajah anak² di sini nampak ceria di saat sahabat² kumpulan kami mengagihkan sedikit makanan ringan dan duit raya buat mereka. Tahniah kpd Tuan PPD Johor Bahru, Tn Hj Shaharudin Bin Shaari kerana turut menyembelih korban di sini. Tahniah juga buat sahabat, Ust Samista Othman yang juga berjaya menyembelih korban di sini untuk kali ini.
Meneruskan perjalanan ke Dong Kam Pet dan sebanyak 12 ekor lagi lembu dikorbankan di kampung ini. Perjalanan diteruskan lagi dan yang menanti kami ialah 62 ekor lembu untuk disembelih. Dengan keadaan cuaca yang agak membimbangkan, ditambah dgn keadaan jalan yg kami lalui agak mencabar, kami membuat perbincangan dan mencipta beberapa perancangan agar lembu yg agak banyak untuk disembelih itu dapat disempurnakan sebelum Asar.
Singgah sebentar melihat perjalanan pembinaan Kompleks Pendidikan Yayasan Ar Rahmah dan ladang mangga, kami tiba di Sen Chomren tak berapa lama selepas itu. Namun, agak mengejutkan bila melihat tiada seekor lembu pon yg telah dibaringkan untuk menanti disembelih!!!
Dgn jumlah yg agak banyak utk diselesaikan, kami mengubah perancangan dan bersetuju untuk berpecah kpd dua kumpulan menyembelih. saya bergandingan dgn Tn Hj Shaharudin, manakala Ust Al Rizuady bersama Ust Samista. Alhamdulillah, perancangan ini dgn izin dan bantuan Allah menjadikan perjalanan penyembelihan berjalan lancar dan selesai sebelum Asar.
Kami meneruskan perjalanan ke Memut, pekan berhampiran sempadan Kemboja - Vietnam untuk berkumpul semula bersama 4 kumpulan lain bagi meneruskan misi kami di bumi Vietnam pada keesokan harinya.
Dijamu oleh Tn Hj Ibrahim untuk makan malam, kami mula berkira² untuk aktiviti seterusnya di bumi Vietnam.
Selesai misi kami di bumi Kemboja, moga terus diberi kekuatan istiqomah membantu saudara seagama di sini untuk tahun² yg mendatang!!

MISI KEMBOJA 4
Hari ini 23.8.18, jam 6.15 pagi waktu tempatan, kami bergerak dari Phnom Meas Guest House menuju ke lokasi seterusnya iaitu Kampung Kekong, Ding Kam Pet dan Sen Chomren. Kali ini pemandangannya agak berbeza. Ladang getah sudah mula menguasai pemandangan. Manakala pohon buah-buahan ditanam di keliling rumah.
Kelibat penoreh yang tekun mencari rezeki mengingatkan aku akan kehidupan silam di kampung. Getah keping, getah beku dan bau yang kurang enak, ditambah dengan harga komoditi yang tidak setabil memungkinkan sektor ini dipinggirkan oleh generasi baharu. Berpindah mencari sumber yang mendatangkan hasil lebih lumayan. Malahan, banyak kebun getah yang telah ditukar status kepada kebun kelapa sawit.
Setelah hampir 1jam 45 minit, mengeraskan urat melalui jalan ladang, peserta kembara korban daripada kumpulan satu tiba di lokasi iaitu di Kampung Kekong, wilayah Tebong Khamom.
Operasi korban terletak di bahagian belakang Masjid ar- Rahman. Di sini kami ditugaskan untuk mengurus penyembelihan 28 ekor lembu. Kehadiran kami disambut oleh khariah masjid yang diketuai oleh Imam Yaakob bin Mohd Zin, anak-anak serta penduduk setempat.
Selesai membahagikan jajan kepada anak2 sekolah, kami terus melaksanakan ibadah korban untuk diagihkan kepada lebih kurang 140 keluarga muslim di sini. Dua muka baharu penyembelih iaitu Ustaz Samista dan Tn Hj Saharuddin telah ditugaskan buat pertama kalinya. 'Pengijazahan' kepada dua muka baharu pemutus urat leher lembu ini turut disempurnakan dalam satu majlis ringkas sebaik sahaja selesai proses penyembelihan.
Manakala seekor lembu yang terlepas dari tambatan terpaksa digantikan dengan yang baharu apabila misi mencarinya gagal. Peristiwa ini menjadi pengajaran berguna kepada misi korban kali ini.
Menariknya, kami sempat melawat Madrasah Abdul Rahim, sekolah rendah untuk anak-anak penduduk tempatan yang rata-ratanya berkerja sebagai penoreh, menanam kacang hijau, kacang tanah dan pokok gajus. Dua orang guru yang bertugas mengoperasikan madrasah berkenaan ialah Ust Yusof bin Mohd Nor dan Ust Sulaiman. Mereka agak fasih berbahasa melayu. Seorang daripada mereka pernah menetap di Ulu Tiram, Johor. Merekalah yang banyak membantu kami terutama apabila berhadapan dengan masalah komunikasi.
Keadaan sekolah dan kelas yang agak daif dan uzur menyentap keegoan para peserta kembara. Papan hijau bersaiz 6'×3' yang diletakkan pada tiang penyokong dan kapur tulis mengingatkan kami kepada filem Seniman Bujang Lapuk arahan P.Ramli. Di atas meja guru yang beralas kain, terletak dua naskah buku bertulis jawi. Manakala, 'bantal kecil' yang dibuat khas berfungsi sebagai pemadam papan tulis.
Sebatang rotan sepanjang tiga kaki turut diletakkan di atas meja guru. Fungsinya sudah pasti menjadi alat kawalan kelas atau sebagai petunjuk tulis baca pada papan hijau. Pada dinding bercat kuning air yang kian pusam warnanya pula, tergantung gambar pemimpin negara, Kaabah dan beberapa catatan dalam bahasa Kemboja.
Di hadapan meja guru, terdapat beberapa buah kerusi meja dari papan bersaiz 1.5'× 4' buatan sendiri. Di sinilah anak-anak seawal 6 tahun tekun menerima tunjuk ajar tentang tulis baca dan hukum hakam yang paling asas. Prasarana memang tidak semegah sokongan yang disediakan kepada anak- anak di negara kita. Namun, ketekunan dan ketabahan anak-anak kampung Kekong berhadapan dengan persekitaran yang serba kekurangan ini perlu diberikan penghormatan yang setingginya.
Keadaan inilah yang telah menggerakkan usaha para peserta untuk membuat kutipan kilat bagi membeli papan putih yang akan digunakan untuk ketiga-tiga bilik darjah.
Selesai tugasan sekitar jam 11.20 pagi, sekali lagi kami membasahi tekak dengan air kelapa lidah kucing yang telah tersedia sebelum menuju ke sebuah warong berdekatan untuk makan nasi berlauk masakan kari dan sup ayam kampung....

MISI KEMBOJA 3
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Kecuali semasa mengerjakan rukun Islam kelima, tahun ini baru berpeluang berhari raya Aidil Adha di perantauan. Memang benar2 mengujakan. Bertakbir dan bertahmid bersama masyarakat serumpun yang terpisah beribu kilometer menjentik sedikit rasa sayu.
Pelbagai persoalan bermain di minda. Benar, tiada yang boleh mendustakan, bahawa kalimah agung yang dilaungkan adalah simbol penyatuan.
Budaya dan amalan yang tidak jauh berbeza, seolah2 membuktikan teori asal usul masyarakat melayu yang dikaitkan dengan bangsa Champa ada kebenarannya. Ditambah pula dengan iras wajah yang hampir serupa. Malah, nama 'Kampong' Cham yang menjadi perkampungan terbesar komuniti muslim di Kemboja turut menimbulkan tanda tanya. Adakah istilah 'kampung' yang digunakan secara meluas di negara kita ada kaitan dengan asal usul Kampong Cham, kami kurang pasti.
Berkesempatan bersalaman dengan para jamaah di Masjid Salam Abdullah di Kg Brey Kchay Knong selepas solat Aidil Adha, aku gunakan sepenuhnya utk mengenali komuniti muslim ini. Cara mereka berserban, berjubah malah berbaju melayu cekak musang berbutang tiga dan lima begitu dekat dengan masyarakat melayu di semenanjung.
Proses asimilasi budaya berlaku dengan begitu pantas. Sajian yang dihidangkan untuk menjamu kami, walaupun tak sama tapi kaedahnya hampir serupa. Ayam kampung yang dimasak golek tetap menjadi 'ibu' kepada sajian yang disusun kemas berselang seli dengan ikan talapia goreng di dalam dulang.
Cita rasa hanya dibezakan oleh manis atau masinnya lauk yang dimasak oleh penduduk kampung. Kami menikmati juadah secara bersila bersama dengan sebahagian penduduk Kg Brey Kchay Knong. Pada ketika inilah kemesraan kami berputik.
Selesai makan, peserta kembara menyantuni anak2 dengan 'jajan' yang dibawa. Berbaris anak2 di halaman masjid menunggu kami selesai menjamu selera. Satu persatu tangan dihulur mengambil jajan yang kami bahagikan. Walaupun sekadar sedikit wang, sekeping coklat dan beberapa biji gula2 sebagai manisan, memadai untuk mereka berasa gembira.
Berlarian anak2 keluar dari perkarangan masjid menuju ke arah penjual belon dan aiskrim yang kebetulan berada di pinggir jalan. Biarpun terdapat pengumuman dari copong masjid, merayu agar duit pemberian diinfakkan semula ke tabung, tidak dihiraukan oleh anak2 yang sedang berebut menukarnya dengan mainan yang berwarna warni.
Selesai tugasan melayan anak2 dengan bungkusan 'jajan', peserta kembara korban mula mempersiapkan diri untuk aktiviti penyembelihan. Jubah yang dipakai untuk bersolat ditukar dengan busana yang lebih sesuai. Kami bergerak menuju kawasan lapang berhampiran masjid yang menempatkan 23 ekor lembu yang bersedia untuk dikorbankan dan diagih2kan kepada masyarakat setempat. Bagi melancarkan proses penyembelihan, penduduk kampung turut sama membantu menumbangkan lembu satu persatu, sebelum leher dicecah dengan mata parang yang tajam milik sang penyembelih.

MISI KEMBOJA 2
Sebelum jam 6.00 pagi kami sudah mula berkumpul di loby KC River Hotel. Satu daripada beberapa hotel yang ada di bandar Cham. Menunggu kenderaan yang akan membawa kami ke masjid untuk menunaikan solat Aidil Adha. Kami dalam kumpulan 1 akan bergerak ke Kg Brey Kchay Knong, manakala, peserta kumpulan 2, akan dibawa ke Kampung Ro. Dua buah kenderaan akan membawa kami ke destinasi yang jauhnya lebih kurang 2 jam perjalanan berkereta dari hotel. Sebuah kenderaan akan membawa beg2 peserta kembara, manakala kami dibawa menggunakan Starex.
Sepanjang perjalanan, dapatlah kami menyaksikan masyarakat tempatan sebuk memulakan urusan seharian. Sama seperti di tanah air, warung2 di tepi jalan dipenuhi dengan pelanggan-pelanggan tegar sarapan pagi.
Rumah-rumah tradisional bertiang tinggi menghiasi perjalanan ke Kg Brey Kchay Knong. Sementalahan, sekitar kg Cham sedang dilanda 'banjir termenung', rumah kayu bertiang tinggi pastinya akan menjadi penyelamat. Bahagian bawah rumah juga dijadikan tempat menambat binatang2 ternakan khususnya lembu dan kerbau. Berkongsi tempat dengan binatang peliharaan lain seperti ayam dan anjing. Binatang yang dianggap paling penting dalam membantu survival ekonomi penduduk yang majoritinya beragama Budha. Binatang yang banyak membantu kerja-kerja di sawah padi yg terbentang di kiri kanan jalan utama menuju Kg Brey Kchay Knong. Ciri2 senibina rumah tradisional masyarakat tempatan ini pastinya ada kaitan langsung dengan budaya, cara hidup, keselamatan dan persekitarannya.
Melewati pasar menuju ke Kg Brey Kchay Knong, terdapat deretan jualan buah2an tempatan pelbagai jenis. Hati menjadi sedikit resah bila kenderaan yang membawa kami mula tersekat-sekat akibat kesebukan kenderaan yang lalu lalang terutamanya motorsikal.
Kenderaan mula memasuki lorong kecil menuju Kg Brey Kchay Knong yang lecak dan berlumpur. Melalui lopak2 berair, menjadikan kami terhoyong-hayang di dalam kenderaan. Sesekali terpaksa berhenti untuk berselisih dengan kenderaan lain atau memilih laluan yg kurang membahayakan.
Alhamdulillah, akhirnya sampai di Masjid Salam Abdullah di Kg Brey Kchay Knong. Mengikut firasat kami, khatib sedang memberi panduan kepada jamaah berkaitan solat Aidil Adha. Sempat juga kami bersama jamaah bertakbir dan bertahmid. Agak pasti kandungan khutbah yang dibacakan oleh khatib di atas mimbar, mengesahkan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Syukur dapat bersama saudara semuslim mengucap lafaz mulia yang menjadi penyatu ummah.
....bersambung.

MISI KEMBOJA 1
Alhamdulillah... Selesai tanggungjawab untuk hari ini bg Misi Korban, Akikah dan Bantuan Pendidikan Kemboja Vietnam 2018.
Solat Aidiladha di Brey Kchay Knong dan kemudian bersama² para jemaah menikmati sedikit jamuan sebelum menyembelih 23 ekor lembu di situ.
Seterusnya meneruskan perjalanan ke Kg Tasu dan menyempurnakan lagi penyembelihan 23 ekor lembu di sana. Syukran yg tidak terhingga kpd Ust Al Rizuady dari SPI, JPN Pulau Pinang yg amat byk membantu pelaksanaan ibadah korban ini. Kepada ahli Kumpulan 1, Tn Hj Mohamad Mahadi, YDP MPSM Johor, Bendaharinya Tn Hj MohamadAlim Konting yg merupakan sifu hebat saya... Tn Hj Shaharudin Shaari, Tn PPDJB yg cukup sporting... En Shah Cili Emas yg hebat... berjaya merampas kuasa sbg pembaca nama pd thn ini

Esok masih ada 100 ekor untuk disempurnakan.. Dapat melepaskan lelah sementara di Hotel Phnom Meas, Suong sehingga esok pagi sebelum bergerak ke Kekong..
Moga Allah permudahkan segala urusan kami dan sahabat di 4 kumpulan lain utk hari esok sebelum kami semua berkumpul semula di Jemon.
Moga ibadah dan amal kita semua sentiasa diterima Allah...

Wednesday, December 6, 2017
"Misteri Kereta Putih"
Memang benar-benar misteri kereta
ini. Dah beberapa hari aku perhati, masih tidak beralih. Di bawah pohon inilah,
dia parking. Sesekali diletaknya di bawah garaj. Sebelum jam sepuluh pagi, aku dah
mula perasan kelibatnya. Pernah beberapa kali aku terpandang kereta putih ini
kekal begitu posisinya, walaupun jam dah
menunjukkan pukul 5 petang. Malah,
sehari dua ini sampai ke malam, kereta putih ini tak beralih.
Suatu hari, usai
solat Magrib, aku memberanikan diri untuk menyiasat, apabila terdengar bunyi
kerusi ditarik dan sayup2 lagu dari corong radio terpasang. Mana mungkin ada
anak-anak SEHEBAT yang datang cuti-cuti sekolah begini. Lebih-lebih lagi bila
bunyi yg kedengaran itu dari arah Pusat Sumber sekolah yg terletak pada aras 2,
Blok Pentadbiran.
Hari ini, dah masuk minggu ke-2 cuti persekolahan. Sudah
tentu cikgu-cikgu juga sedang mengulit anak-anak supaya lena tidurnya. Atau,
mungkin sedang berwisata bersama keluarga.
Untuk ke tingkat dua, aku perlu
melalui lorong kecil yg agak gelap bersebelahan dengan bilik kaunseling. Aku
memberanikan diri untuk melihat apa yang sedang berlaku. Dalam masa yang sama,
aku perlu berwaspada.
Sebelum menapak pada anak mata tangga yang pertama, aku
mendongak melihat ke atas. Ada pergerakkan…..hidungku juga menangkap bau yg
tidak terlalu asing…..cat. Suara dan bunyi kerusi meja ditarik juga semakin
jelas. Susuk tubuh manusia sekitar usia 30an juga semakain ketara.
Tanpa
disedari, aku mengambil masa yg agak lama memerhati perlakuannya, sambil bersandar pada dinding yang cantik bercat baharu
berwarna hijau muda.
“Oh, Tn Haji, ingatkan siapa tadi. Dah beberapa hari ni,
tak siap-siap. Tinggal nak touch-up yang bahagian atas. Tu yang guna tangga ni”,
Cikgu Sharizan menjelaskan tanpa sempat aku bertanya.
Dalam hati aku cuma mampu berbisik, aku tak pernah arah dan aku juga tak pernah paksa untuk Cikgu Sharizan datang cuti-cuti sekolah begini
Sunday, July 30, 2017
Part 25 : Generasi G65
1977 bukan sebarangan tahun. Kalaupun bukan kepada semua, tahun itu amat bermakna kepada Generasi 65 (G65). Tahun itulah menjadi titik mula keremajaan aku dan anak-anak G65. Tahun yang mengubah style dan gaya hidup kami. Gaya berjalan, percakapan, perbualan, pergaulan dan berpakaian. Siapa yang tak teruja, setelah sekian tahun berada di sekolah rendah bergelar ‘murid’, kini kami akan bergelar ‘pelajar’. Pelajar sekolah menengah.
Bertahun kami tunggu. Betapa kami sebenarnya cemburu melihat abang-abang yang terlebih dahulu berbaju putih, berseluar pendek hijau tua. Kakak-kakak pula lengkap berskirt hijau separas lutut dengan dipadankan berbaju putih berlengan pendek. Nampak kemas. Apatah lagi si kakak bertocang dan bersisir rapi. Berstoking yang juga berwarna putih berlipat dua inci di bahagian atas. Penampilan dan gaya merekalah yang membuatkan kami G65 teruja untuk membuka lembaran tahun 1977 ketika itu.
Pada tahun itulah aku dan rakan-rakan akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Sekolah Menengah Ayer Baloi (SMAB). Mengikut cerita, sekolahnya dua tingkat, berlantaikan simen. Punya kantin besar dan perpustakaan yang dipenuhi buku. Letaknya di bandar. Pekan Ayer Baloi atau lebih dikenali sebagai Tambor. Akan ada kereta, lori dan bas yang lalu lalang di depan sekolah. Sekolah yang punya pintu pagar. Ada pengawal selain pagar kawat mengelilinginya.
Semuanya menggamit perasaan kami, khususnya anak-anak kampung seperti aku yang masih terlalu asing dengan jalan tar dan kenderaan beroda empat. Kami tak sabar untuk meninggalkan alam kanak-kanak. Alam yang penuh warna warni. Alam yang mengajar aku menyanyi lagu-lagu Inggeris, Baa, Baa, Black Sheep dan twinkle twinkle little star, tanpa mengetahui maksudnya. Tiada lagi skirt dan seluar pendek berwarna biru yang lusuh bertahun dipakai. Guru-gurunya, bangunan berdinding papan bertiang konkrit, dan meja kerusi kayunya juga akan kami tinggalkan. Kami Cuma bawa kenangannya, termasuklah tanda suntikan BCG pada lengan kami yang tak mungkin hilang.
Sepanjang cuti panjang akhir 1976, kami sudah mula bercerita tentang alam baharu. Memasang telinga mendengar perbualan kakak dan abang tentang sekolah menengah. Membayang dan berimaginasi akan guru-gurunya. Memikir style dan gaya penampilan yang bagaimana untuk diketengahkan nanti. Walaupun dalam hati sebenarnya gementar. Suka dan takut berbaur mengocak benak kami. Sambil duduk di atas banir pokok getah, berselimpangkan lastik kayu, teman-teman seusia akan turut bercerita. Kami berkongsi andaian, keseronokan dan angan-angan. Bagi yang tak punya bahan tentang alam sekolah menengah untuk diceritakan, sekadar melopong mendengar penuh teliti.
Emak bapak turut terkena tempias. Sesekali mencuri dengar mereka berbincang membuat perancangan. Persalinan baharu sudah tentu perlu disediakan. Kalau dahulu cukup dengan berjalan kaki, kini kami perlu berbasikal. Paling kurang, bapak akan membelek-belek basikal yang lama bersandar di tiang rumah. Perlu disorong ke kedai untuk dibaikpulih. Mana-mana sendi dan rantai yang kering dimandikan minyak. Yang pusam warnanya akan bersapu cat. Biar nampak baharu untuk anak kesayangan mereka. Kesempitan wang, tidak memungkinkan untuk orang tua kami membeli basikal baharu. Jujur, keresahan mereka mencari sumber untuk menyediakan kelengkapan tak pernah kami peduli. Bagusnya kami pada waktu itu, tak pernah memilih. Apa yang disediakan, kami pakai. Biarpun kadang-kadang kami terpaksa mengenakan busana warisan daripada abang atau kakak, kami reda.
Kami yakin, emak bapak turut gusar. Mahu melepaskan anak-anak seusia 12 tahun berbasikal atau berkenderaan awam bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi yang duduk jauh di pedalaman seperti aku dan teman-teman. Berjam-jam diperlukan untuk kami yang bertubuh kecil kekurangan zat ini mengayuh basikal sebelum sampai ke SMAB. Emak bapak sudah tentu bimbang kalau-kalau basikal yang ditunggangi rosak dipertengahan jalan atau tertinggal bas di pekan. Kebimbangan mereka jarang dikongsi bersama kami. Namun, kami tahu mereka resah. Bagaimana cara nak membantu? Tanpa handphone, tanpa telepon. Semuanya mengharapkan semangat setia kawan. Juga, semangat persahabatan yang dipupuk selama enam tahun di sekolah rendah. Pendek kata, kami benar-benar selapit ketiduran, sebantal sekalang gulu. Paling kurang emak cuma berpesan. Jangan nakal-nakal di sekolah. Jaga air muka emak bapak, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.
Antara yang menjadi igauan ngeri kami ialah penerimaan rakan-rakan baharu. Kami tahu, Sekolah Menengah Ayer Baloi (SMAB), menjadi tempat berkumpulnya anak-anak pra-remaja dari pelbagai tempat. Murid-murid sekolah rendah yang terletak sejauh kawasan Api-Api sehinggalah ke Sanglang bersempadan Benut, akan ditempatkan di SMAB. Sekolah Seri Anom, SK Ayer Baloi, SK Seri Sekawan Desa, SK Seri Senang Hati dan lain-lain akan berada di bawah satu bumbung. Bagaimana penerimaan mereka? Apa yang nak dibualkan? Sombongkah mereka? Bagaimana kami mampu bersaing? Semua itu menjadi topik perbincangan sepanjang cuti sekolah.
Lebih mendebarkan bila ada ,senior-senior, yang membawa cerita kurang enak tentang anak-anak pekan Tambor yang kononnya sukar didampingi, memilih untuk berkawan, menyombong dan bangga diri. Anak-anak SK Ayer Baloi yang dikhabarkan bijak-bijak belaka. Selalu makan roti bersapu kaya dan mentega. Paling kurang, sudah biasa makan telur separuh masak sebelum ke sekolah. Minum MILO bercampur susu awal pagi. Hebat dalam bersukan. Berbanding dengan kami, yang sesekali menjamah sarapan. Menambah angin kembung perut menelan ubi rebus cecah sambal hijau. Secara tidak langsung semua cerita itu, mendorong kami bersedia fizikal dan mental untuk berhadapan dengan dunia baharu dan rakan-rakan baharu!!
Subscribe to:
Posts (Atom)