...semoga amalan kita diterima
Tuan Pengetua menyampaikan sumbangan anak yatim/miskin
En Nor Khairi dan Ustaz Ikhsan turut serta dalam tadarus kumpulan guru.
AYAHANDA PENGETUA.....sentiasa memberi sokongan moral. Terima kasih
Pada tahun ini Unit Hal Hewal Murid dan Kokurikulum telah bergabung mengadakan program Hari Kokurikulum, Terbuka Asrama, Hari Koperasi, Penutupan Minggu C&C dan Bulan Membaca 2010. Program yang berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2010 di Dewan Seri Penawar dan Asrama SAKTI ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Tn. Hj Hassan bin Topit, Pengetua Cemerlang SAKTI. Selain menganugerahkan sijil dan piala kepada pelajar-pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang kokurikulum, pihak sekolah juga telah menganjurkan gerai-gerai jualan yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar di asrama. Sebanyak 25 lot gerai telah disediakan dengan pelbagai jualan untuk para pengunjung. Sambutan pada tahun ini amat menggalakkan khususnya daripada ibu-bapa yang hadir. Selain itu, pelajar-pelajar SMKA Bandar Penawar, SKBP2, SKBP, Institut Profesional Mara dan Sekolah Sukan turut dijemput untuk memeriahkan lagi program. Kepada guru dan pelajar yang telah bertungkus-lumus menjayakan program tersebut terima kasih diucapkan. Tahniah juga kepada BKP 2010/11 di bawah kepimpinan Addin bin Mohd Fuad yang berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang program 2 hari itu.
Tanggal 26 hingga 28 Julai telah berlangsung Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) 2010. Generating The Generator For Generation, telah dipilih menjadi tema kursus pada tahun ini. Matlamat utama kursus ini diadakann ialah untuk membentuk murid yang simbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek di samping memiliki jati diri, berketerampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya pemimpin. Peserta yang terdiri daripada ahli-ahli MAJASTI 2010/11 telah di bimbingan oleh penyelaras program En. Suhaimi bin Saat dengan dibantu oleh ketua-ketua rumah 2009/10. Diharapkan melalui kursus ini peserta dapat membina sikap dan
SELAMAT HARI LAHIR – MOHAMAD NORAIZAT BIN SAMSUDDIN (KELUARGA 69)
Satu majlis sambutan hari lahir untuk salah seorang ahli Keluarga 69 telah diadakah di kediaman mentor Tn. Hj Alim, di Bandar Penawar pada 25 Julai 2010 yang lalu. Kepada Noraizat……SELAMAT HARI LAHIR KE-17. SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIBERIKAN KEBERKATAN DALAM HIDUP. Dalam majlis tersebut anak-anak Keluarga 69 mengulangi ikrar untuk mengungguli carta pelajar-pelajar cemerlang SPM 2010!!!!!!!! Syabas.
07 JULAI- Seramai 4 orang pelajar SAKTI telah terlibat dalam Kolokium Kecemerlangan Murid Projek Khas Sekolah Berasrama Penuh 2010 Peringkat Kebangsaan. Kolokium ini telah berlangsung pada 07 hingga 10 Julai 2010 di Puteri Resort, Ayer Keroh Melaka. Sepanjang kolokium tersebut, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai program yang diatur khusus untuk memberikan motivasi dan semangat kepada anak-anak Projek Khas seluruh negara. Antaran programnya ialah Bicara Tokoh Bersama Y.B Tan Sri Samsudin bin Hitam, Forum Melastarikan Kecemerlangan oleh Kolonel Prof. Dato’ Dr Hj Kamarudin Kachar, Prof. Madya Datuk Abu Bakar bin Diah dan Tan Sri Prof Dr. Ibrahim bin Abu Shah.