Tuesday, March 8, 2011

SEKILAS BERITA : PENILAIAN KURIKULUM 1 2011

08 Mac 2011, Isnin,: Semua pelajar SAKTI menduduki Penilaian Kurikulum 1, mulai 8 hingga 12 Mac ini. Penilaian ini menjadi kayu ukur terhadap kemampuan dan tahap pembelajaran pelajar sejak awal persekolahan 2011. Semoga anak-anak SAKTI dapat memberikan tumpuan dan bersaing secara sihat bagi menyerlahkan potensi akademik melalui penilaian ini.

SEKILAS BERITA: KRIKET, SAKTI JUARA LAGI



Tn Hj Mohd Kholil bin Mohamad menyampaikan ucapan majlis penutupan.



Kegembiraan Warga SAKTI bersama ayahanda pengetua.

06 Mac 2011, Sabtu: Kejohanan Kriket SBP Zon Selatan yang telah berlangsung , sekali lagi menobatkan SAKTI sebagai JOHAN setelah Berjaya menundukkan SSI, Mersing dalam perlawan akhir. Pemain SAKTI turut dipilih sebagai Best Wicketkeeper, Best Bowler dan Best Allrounder manakala bagi anugerah Best Bats Man telah dirangkul oleh pemain SBPIS, Melaka. Kejohanan pada kali ini menampilkan 12 pasukan sekolah-sekolah SBP Zon Selatan. Tiga lokasi telah digunakan iaitu Stadium Bandar Penawar, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan di SAKTI sendiri. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Kholil bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan Kepimpinan SBPSK, KPM. TAHNIAH SAKTI!!!.

SEKILAS BERITA: MESYUARAT HEM SBP


03 Mac 2011, Khamis : Mesyuarat HEM SBP Bil.2/2011, anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan telah berlangsung di Cyberjaya, Selangor bermula pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Mesyuarat telah membincangkan beberapa isu berkaitan dengan pengurusan HEM di sekolah-sekolah berasrama penuh. Yang Berbahagia Pn Ashah binti Samah selaku Pengarah, Bahagian Pengurusan SBPSK, KPM turut sama menyampaikan amanat dalam mesyuarat pada kali ini.

Tuesday, March 1, 2011

SEKILAS BERITA: PERMATA SAKTI

MOHAMAD SYAHIRWAN MOHD AZHAR

TAHNIAH dan SYABAS kepada putera SAKTI Mohamad Syahirwan Mohd Azhar pelajar tingkatan 5, yang telah mengharumkan nama sekolah setelah dipilih mewakili negara dalam kejohanan ragbi Bangkok'10 Challenge, pada 11 - 15 Februari yang lalu. Syahirwan menjadi salah seorang daripada 18 pemain bawah 18 tahun negara yang menjadi JOHAN setelah berjaya mengalahkan Sri Langka 27 - 0. Dalam perlawanan ke-2, pasukan negara berjaya menjinakkan Thailand 24 - 0 seterusnya India 24 - 0. Pada peringkat separuh akhir, menewaskan Australia 7 - 0 manakala pada perlawanan akhir pasukan negara berjaya sekali lagi mengalahkan Thailand dengan 27 - 0.

Monday, February 28, 2011

SEKILAS BERITA: MENARA JAM SAKTI


TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG UTAMA PEMBINAAN DATARAN DAN MENARA JAM SAKTI IAITU THE LEGEND 2010. TURUT MENYUMBANG PHALANX 2008, KOPERASI DAN PIBG SAKTI. SIMBOL KERJASAMA DAN KESUNGGUHAN WARGA SAKTI MEMACU KECEMERLANGAN. HIDUP SAKTI!!!!

SEKILAS BERITA: PENUTUPAN MINGGU C&C 2011


Persembahan pentas majlis penutupan C&C 2011


Sabahagian penonton pada malam penutup

26 FEBRUARI 2011 (SABTU): Malam penutupan Minggu C&C 2011 telah berlangsung dangan meriahnya pada malam Sabtu yang lalu. Pelbagai acara telah dilangsungkan pada majlis berkenaan. Antaranya ialah persembahan pentas yang bertemakan alam sekitar dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai pertandingan sepanjang Minggu C&C 2011.Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn Hj Mohamad Alim bin Konting, Penolong Kanan HEM yang mewakili ayahanda pengetua. Kepada para pemenang loker terbaik, meja terbaik, katil terbaik, kelas terbersih dll, teruskan usaha anda. TAHNIAH kepada BKP yang telah berjaya menganjurkan program tahunan ini. SYABAS.

SEKILAS BERITA: MAULIDUR RASUL BANDAR PENAWAR / KEJORA


kontinjen SAKTI yang terlibat dalam perarakkan pada kali ini

27 FEBRUARI 2011(AHAD): Seramai 30 orang pelajar SAKTI telah terlibat dalam perarakkan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Bandar Penawar. Seawal jam 7.30 pagi pelajar-pelajar yang terlibat telah berkumpul di perhentian bas dan teksi Bandar Penawar As-Syifa Bandar Penawar sejauh 2 km. Dalam masa yang sama pertandingan sepanduk turut diadakan sempena sambutan pada kali ini.

Monday, February 21, 2011

SEKILAS BERITA : 'SATU ADA TIGA'

Bengkel Permati Hati

GPK Kokurikulum tekun mendengar taklimat

19 FEBRUARI 2011 (SABTU):
  • Satu hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti di SAKTI. Pada hari ini sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan bagi memperingati keputeraan junjungan besar Nabi Mohamad SAW. Bagi mengisi program tersebut, pelajar telah mendengar ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Muliadi dan program 'potong jambul' anak angkat SAKTI (anak yang dilahirkan semasa pendaftaran pelajar tingkatan satu).


  • Dalam masa yang sama Kursus Kepimpinan Rakan Muda peringkat daerah Kota Tinggi turut diadakan di Bilik Mesyuarat Desaru. Kursus telah dihadiri oleh semua PK Kokurikulum sekolah-sekolah menengah Kota Tinggi dan seorang guru penasihat kelab@ persatuan sekolah.


  • Di Pusat Sumber SAKTI pula telah diadakan Bengkel Pembinaan Modul Permata Hati yang juga di bawah penyeliaan PPD Kota Tinggi. Bengkel ini disertai oleh guru kaunseling ,guru-guru agama , guru disiplin dan PK Hem yang terpilih dari sekolah-sekolah menengah daerah.

SEKILAS BERITA: PERHIMPUNAN RASMI 21 FEBRUARI 2011 (ISNIN)

Penyampaian hadiah kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah

Pelancaran Minggu C&C

sketsa pelancaran Minggu C&C

21 FEBRUARI 2011 (ISNIN), perhimpunan rasmi mingguan telah diadakan di DSP seawal jam 7.00 pagi. Pelbagai atur cara telah disusun sepanjang perhimpunan pada kali ini antaranya:
  • Laporan Guru Bertugas , Tn Hj Nor Salleh:
    -Menyentuh sikap pelajar yang masih perlu selalu ditegur dan diingatkan.
    -Tidak memberi fokus dan serius dalam melakukan kerja.
    -Melakukan kerja-kerja bermusim.
    -Walau bagaimanapun, terdapat perkara-perkara baik yang boleh dicontohi.
    -Merayu kepada semua pelajar agar menyokong segala program pembangunan SAKTI dan jangan jadi perosak atau pemusnah.

    5 Minit Benci Zina , Cik Norazlinda Mahmud.
    Sebab berlaku zina
    -”Coupling” dan fenomina ’Aku Cinta Padamu’ dalam kalangan pelajar.
    -Pelbagai bentuk modaliti atau wahana komunikasi.
    -Sikap liberal generasi muda yang keterlaluan.

    Langkah
    -Sikap malu sebagai cabang iman.
    -Mengutamakan sifat malu berkaitan kebendaan.

    Taklimat Peperiksaan , Pn Jamilah Zamah Shari
    -Syarat-syarat menduduki peperiksaan.
    -Persiapan tempat peperiksaan.
    -Pelajar tidak boleh dengan apa cara meniru atau membenarkan pelajar lain meniru dalam peperiksaan.

    Amanat Pengetua.
    -Tahniah kepada pelajar yang terlibat dalam menyusun perubahan dan penambahbaikan majlis perhimpunan.
    -Kita perlu sama-sama bertindak terhadap setiap pelaporan yang dibentangkan oleh guru bertugas.
    -Pelajar perlu mengelakkan kawasan berumput sebagai laluan.
    -Tahniah kepada yang terlibat dalam program-program sekolah khususnya Majlis Maulidur Rasul, kriket, ragbi dan merentas desa.
    -Mengingatkan pelajar bahawa kerja rumah yang banyak diberikan oleh guru bertujuan untuk kebaikan pelajar. Harap pelajar dapat mengubah persepsi berkaitan kerja rumah yang diberikan.
    -Sebagai pelajar SBP kita perlu BERANI menunjukkan KEKUATAN dan BERANI mengakui KELEMAHAN kerana KITA SEMUA BERUSAHA MENJADI JUARA.

    Pelancaran Minggu C&C 2011

  • TAHNIAH kepada pesukan merentas desa sekolah yang telah menjadi JUARA Kejohanan Merentas Desa Daerah buat keli ke-4 berturut-turut.
    TAHNIAH kepada Mohd Sahirwan yang berjaya mewakili negara dalam Kejohanan Ragbi Antarabangsa di Bangkok Thailand dan muncul menjadi JUARA. SYABAS.

SEKILAS BERITA: "REWANG" MAULIDUR RASUL


menikmati sup sebagai sajian 'selingan'


Sambil menunggu, sempat berurut menghilangkan penat.



EN Aziz...pastikan tidak hangit.


Potong, jangan tak potong...

18 FEBRUARI 2011 (JUMAAT), Program "Rewang" @ gotong-royong menyiapkan juadah sempena Maulidur Rasul telah dilaksanakan bersama oleh guru-guru dan sebilangan pelajar SAKTI. Melalui program ini, guru-guru telah berkerjasama menyediakan bahan-bahan masakan dibawah pengawasan Pak Mat, tukang masak terkenal dari Felda Semenchu Kota Tinggi. Program yang bermula pada jam 3.00 petang telah berakhir sekitar jam 1.30 pagi. Sesungguhnya, program seumpama ini telah dapat mengeratkan lagi hubungan mesra antara guru-guru dan pelajar SAKTI. TAHNIAH.

SEKILAS BERITA: BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIJ 2011

Sebahagian daripada sumbagan MAIJ

18 FEBRUARI 2011, JUMAAT: Seramai 12 orang pelajar SAKTI telah menerima sumbangan daripada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Sumbangan berupa kelengkapan pakaian sekolah telah diserahkan kepada wakil SAKTI, Tn Hj Mohamad Alim Konting di SK Laksmana Kota Tinggi. Semoga sumbangan tersebut akan meringakan beban yang ditanggung oleh pelajar-pelajar yang terlibat.

Wednesday, February 9, 2011

SEKILAS BERITA: TINGKATAN 1 (AMBILAN 2)

16 FEBRUARI 2011 (RABU): Seramai 35 orang pelajar tingkatan (1 ambilan 2) telah mendaftar sebagai warga SAKTI yang baharu. Jumlah tersebut telah menambahkan lagi bilangan pelajar tingkatan satu sedia ada menjadi 144 orang. Kepada yang telah mendaftar unit HEM mengucapkan TAHNIAH semoga anak-anak 'bungsu' ini akan terus setia bersama warga SAKTI yang lain.

SEKILAS BERITA: LAWATAN KERJA SBPSK


Pemantauan fail HEM...................perbincangan bersama pengetua...............pelaporan

17 FEBRUARI 2011 (KHAMIS): 3 orang pegawai dari yang diketuai oleh En Md Zin bin Jaafar dari SPBSK telah membuat lawatan kerja ke SAKTI. Rombongan yang turut disertai oleh En Mohd Saifulnizal bin Sabian dan Pn Azah Sulaiman telah membuat pemantauan khusus berkaitan pengurusan HEM. Matlamat pemantauan adalah untuk membantu dan memastikan segala dokumen yang berkaitan HEM telah diurus dengan lengkap dan sempurna di samping melihat sendiri iklim pembelajaran anak-anak SAKTI. Pihak sekolah, khususnya unit HEM mengucapkan terima kasih kepada SBPSK di atas usaha tersebut.



SEKILAS BERITA: PERHIMPUNAN RASMI 14 FEBRUARI 2011 (ISNIN)



Pemeriksaan barisan oleh Pengetua Cemerlang....................... Barisan pentadbir.....




5 minit Benci Zina oleh Pn Rohiza ................................Persembahan pelajar Minggu Bahasa
14 FEBRUARI 2011 (ISNIN), Majlis Perhimpunan Rasmi yang dikendalikan oleh pasukan uniform Pengakap SAKTI telah berlangsung di DSP SM Sains Kota Tinggi bermula jam 6.50 pagi. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Yg Berusaha, Tn Hj Hassan bin Topit, Pengetua Cemerlang SAKTI. Dalam laporannya En Herman selaku guru bertugas telah menyentuh tentang papan-papan kenyataan yang masih belum dikemaskini sepenuhnya dan aspek keselamatan di sekolah. Kejadian melibatkan seorang pelajar di Melaka yang terbunuh akibat terjatuh dari tingkat bengunan sekolahnya perlu dijadikan iktibar.
Dalam slot 5 minit benci zina, Pn Rohiza Jamaluddin menjelaskan tentang punca dan kesan zina dari sudut saintifik dan agama.

Turut dilancarkan dalam perhimpunan pada kali ini ialah:
Minggu Bahasa
Program Mentor-mentee
Penyampaian surat penghargaan SBP kepada guru-guru panitia cemerlang PMR:
Bahasa Melayu
Kemahiran Hidup

Pengetua dalam amanatnya telah menyentuh kembali tentang kecemerlangan akademik yang menjadi tunjang / fokus setiap pelajar manakala mereka yang terlibat dalam kes-kes salahlaku akan tetap menerima hukuman setimpal.

SEKILAS BERITA : PROGRAM ”MALAM MENCARI KEKASIH”

Forum agama, "Malam Mencari Kekasih"

13 FEBRUARI 2011 (AHAD), seramai 80 orang pelajar SAKTI telah terlibat dalam menjayakan Program Malam Mencari Kekasih , anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Program berupa forum agama yang dianjurkan sempena Maulidur Rasul S.A.W ini telah mengupas perlunya remaja dan masyarakat secara amnya mengasihi Rasullah daripada sebuk menyambut Hari Valentine yang boleh menjejaskan akidah umat. Program berlangsung di Dataran Tasik Bandar Penawar berakhir pada jam 11.00 malam. Terima kasih kepada pelajar dan warden pengiring yang terlibat.