Tuesday, October 4, 2011
Terima kasih Cikgu Hj Noor Khairi, Pn Norazimah, Pn Nurul Syafida dan Cik Norazlinda yang berkorban meninggalkan keluarga masing-masing untuk bersama mendampingi anak-anak pelajar di DSB. Tak lupa kepada Ayahanda Pengetua yang turut menyuntik motivasi. Dua lagi 'A' akan diraih melalui Geografi dan Bahasa Inggeris esok!!!! Insyallah.
SEKILAS BERITA: PMR 2011 BERMULA
Monday, October 3, 2011
SEKILAS BERITA: PECUTAN AKHIR PMR BERMULA
calon menggunakan ruang yang ada untuk bertanyakan sesuatu
Ustaz Arsam dan Ustazah Nora antar yang hadir membantu
SIFU Bahasa Melayu PMR bersama pelajar pada Malam Pecutan Akhir
Malam Pecutan Akhir merupakan kemuncak kepada persiapan guru-guru mata pelajaran memperlengkapkan anak-anak SAKTI sebelum masuk ke dewan peperiksaan. ESOK.. 4 OKTOBER 2011, PMR bermula. Rintangan pertama yang akan dilalui ialah Bahasa Melayu Kertas 1 (7.45- 9.20 pagi) dan Kertas 2 (9.30 – 12.00 pagi). Manakala pada sebelah petang calon-calon PMR akan diuji oleh soalan Pendidikan Islam Kertas 1 (1.45 hingga 4.30 petang). Insyallah, bala tentera SAKTI akan mudah melepasi halangan pertama ini berdasarkan kepada kesungguhan guru-guru berkaitan yang hadir pada malam berkenaan. Terima kasih cikgu :
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa anak-anak SAKTI akan menduduki peperiksaan yang menentukan kejayaan dalam medan perjuangan mereka. Kami turut menyedari bahawa segala usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan kehendak-Mu jua.Oleh itu, kami memohon kepada-Mu berikanlah taufik dan hidayah-Mu. Kuatkanlah ingatan mereka dan janganlah biarkan mereka terlupa. Lapangkanlah dada mereka dan janganlah Engkau sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan mereka dan janganlah Engkau persulitkannya. AMIN

Sunday, October 2, 2011
SEKILAS BERITA : SOLAT HAJAT DAN HBP PMR DAN SPM
Alu-aluan Pengetua........ Amanat Tim. Pengarah Sekolah Kecemerlangan SBPSK
Solat Hajat mohon kecemerlangan PMR dan SPM 2011
Ibu-bapa bersama calon-calon PMR menyusun meja...
Solat hajat Perdana dan Hari Bersama Pelanggan untuk calon-calon PMR dan SPM telah berlangsung di Surau Al-Jawahir, SM Sains Kota Tinggi, pada 30 Oktober 2011 (Jumaat), bermula pada jam 10.30 pagi. Sebelum itu, semua ibu-bapa dan calon PMR dan SPM telah berkumpul di Dewan Seri Penawar seawal jam 8.30 pagi, untuk mendengar amanat peperiksaan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Ayahanda Pengetua SAKTI. Pada kali ini, majlis menjadi lebih bermakna kerana turut dihadiri oleh Pn Hjh Jamelah bt Mansor, Timbalan Pengarah Sekolah Kecemerlangan, SBPSK dan Pn Faridah bt Mohamed Zain, Ketua Penolong Pengarah, SBPSK. Beliau dalam ucapannya telah menyentuh banyak perkara khususnya yang berkaitan dengan anugerah Sekolah Kluster yang baharu diterima oleh SAKTI dan tanggungjawab calon-calon PMR dan SPM untuk menjulang nama dan kecemerlangan SAKTI. Dalam masa yang sama, kehadiran ibu-bapa yang sangat memberangsangkan amat memberi makna dan motivasi kepada guru dan calon-calon peperiksaan 2011 untuk berusaha meraih kecemerlangan pada kali ini. Kepada semua pihak yang terlibat khususnya Tim. Pengarah Sekolah Kecemerlangan SBPSK, pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih.
Tuesday, September 27, 2011
anaklanangsakti: SAKTIKU.....sakti

Memilih akronim untuk SM Sains Kota Tinggi, bukanlah sesuatu kerja yang sukar. Berdasarkan kepada rima akhirnya sahaja, kita dah boleh menjangkakan “SAKTI” akan menjadi pilihan. Perkataan ini mudah disebut kerana cuma ada dua suku kata, sak… dan …ti. SAKTI juga mudah diingat dan difahami. Bertanya kepada anak-anak kecil sekalipun, mereka boleh menjelaskan maksudnya dengan tepat. Paling tidak anak-anak ini akan mengaitkan dengan Power Ranjers, Superman, Transformers atau apa sahaja cerita TV yang memiliki unsur-unsur kekebalan dan kekuatan. Bagi mereka yang gila dengan filem melayu lama, pasti akan teringat akan Jula Juli Bintang Tujuh atau paling kurang akan mengaitkan sakti dengan kehebatan P.Ramle membuka pintu gua yang penuh dengan harta karun dalam cerita 40 Penyamun. Manakala, Kamus Dewan DBP menjelaskan sakti itu sebagai kuasa yang di luar kemampuan manusia biasa, mempunyai kuasa ghaib, bertuah dan mempunyai keramat. Memang SAKTI memberi makna yang cukup hebat sekali.
Untuk menjadikan SAKTI supaya benar-benar memiliki kesaktian bukanlah semudah menyebutnya. Tugasan ini memerlukan perancangan dan strategi yang benar-benar rapi dan terperinci. Peringkat awal, SAKTI perlu berjuang untuk bersaing dengan nama-nama besar dalam komunitinya seperti STF, KTK, MCKK ataupun SAS. Rakan-rakan ini memiliki auranya tersendiri dan memang diakui sukar untuk digugat!. Namun, SAKTI tak boleh mengalah. SAKTI perlu mencari identiti. SAKTI juga mesti ada watak tersendiri supaya menjadi hak milik terpelihara yang tidak boleh diciplak oleh orang lain sama ada pihak kawan ataupun lawan. Apa yang paling penting jenama SAKTI perlu diterima, dikenali dan diperakui oleh masyarakat. Oleh yang demikian, tugas menjual nama SAKTI supaya dikenali dalam pasaran dunia pendidikan menjadi tugas sukar yang perlu dipikul bersama oleh semua warganya. Barulah SAKTI memiliki kesaktian.Barulah SAKTI boleh menjadi bomoh tersohor yang menjadi sebutan dan memiliki kebolehpercayaan yang tinggi.
Strategi mengukuhkan jenama SAKTI perlu berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama. Apatah lagi, SAKTI terpaksa bersaing dengan jenama-jenama lain yang seangkatan atau baharu muncul dengan produk yang sama. Maka, kualiti produk SAKTI mesti dijaga. Kalaulah produk SAKTI itu berupa barangan, maka aspek pelabelan, pembungkusan sampai kepada peringkat pengiklanan dan promosi mesti ada kawal selia berasaskan standard piawaian yang lebih hebat berbanding jenama-jenama saingannya. SAKTI tidak boleh alpa. Dengan kata lain, anak-anak yang lahir dari perut SAKTI yang sakti ini mesti memiliki jatidiri yang kukuh, patriotisme yang tidak akan tergugat oleh anasir-anasir yang cuba melemahkannya dan ilmu yang boleh menjamin kelangsungan hidup dalam dunia yang semakin bergelora. Apa yang maha penting ialah memiliki akhlak dan akidah yang boleh menjadi perhiasan diri dan benteng kukuh untuk menahan segala macam bentuk pancaroba. Andai itulah watak anak-anak SAKTI yang sakti ini, maka tugas mengiklankannya untuk pasaran dalam industri ini akan menjadi mudah.
Kini, selepas hampir 16 tahun beroperasi usaha-usaha ke arah pengukuhan jenama SAKTI masih diteruskan dan telah menampakkan hasilnya. Biarpun belum segagah dan sebaris SASER, STF mahupun KTK dalam bidang akademik, ‘taji’ SAKTI telah pun menunjukkan bekas dan bisanya. Keputusan PMR dan SPM saban tahun menjadi bukti. Memang, SAKTI belum menjadi pemuka, tapi SAKTI juga belum pernah corot dalam kelasnya. ‘Laba’ hasil jualan produk SAKTI turut dijeling dan dianalisis oleh pesaingnya. Malah dalam beberapa kes mengikut kecemerlangan mata pelajaran, mereka bukan sekadar menjeling, sebaliknya menghantar utusan untuk meneropong, merisik dan berguru dengan SAKTI. Saktinya SAKTI dalam bidang ini Insyallah akan berterusan. Percayalah, guru-guru SAKTI tidak pernah jemu untuk mencari resepi terbaik bagi meningkatkan kualiti produknya. Buktinya, parking kereta guru hanya akan kosong selepas jam 11.00 malam hingga 6.30 pagi!.
Bercerita soal penjenamaan, label SAKTI yang sakti ini turut dikenali melalui kokurikulumnya. Sebut saja kriket, ragbi ataupun kawad kaki KRS, kawan dan lawan akan tabik dengan pencapaian SAKTI. Rekod-rekod kecemerlangan peringkat daerah hinggalah peringkat kebangsaan yang tersusun rapi di one stop center, menjadi bukti. Pastinya, melalui program-program latihan yang telah disusun,koleksi rekod kecemerlangan ini pasti akan bertambah. Sehinggakan, persaingan sihat untuk menunjukkan siapa yang benar-benar ‘ jantan’ dalam bidang ini telah merumitkan pihak pengurusan untuk memilih pasukan mana yang layak distatuskan sebagai pasukan kebitaraan SAKTI! Turut sama mewarnai saingan ini ialah pasukan rekacipta, Formula One dan Wind Orchestra sekolah. Dalam masa yang sama, kehebatan tersebut mampu menyanggah gosip-gosip nakal yang selalu menuduh anak-anak SAKTI ‘lembek’, ‘ tak masuk orang’, ‘lubuk’ atau ‘ulat buku’.
Kesaktian SAKTI turut boleh dilihat melalui pengurusan sumber manusianya. Sesiapapun tidak boleh menafikan hakikat ini. Barisan kepimpinan yang diterajui oleh Pengetua Cemerlang menjadi ‘ lubuk geliga’ yang mencipta idea. Pelbagai kejayaan yang diraih pula menjadi bukti sokongan padu barisan guru, staf dan pekerja-pekerja swasta yang di bawah seliaannya. Walaupun istilah sakti sering dikaitkan dengan keramat atau memiliki kuasa ghaib, tapi dalam bab mencipta kecemerlangan, tidak mungkin ianya bergolek datang dengan sendirinya. Semuanya kena usaha. Kena Istiqamah yang diadun dengan doa berterusan. Jika empat atau lima tahun lampau tidak ada seorang pun guru SAKTI yang layak membawa gelaran Guru Cemerlang, hari ini SAKTI memiliki sepuluh orang guru yang layak menjadi rujukan kerana kecemerlangannya. Semua ini menunjukkan bahawa warga SAKTI memiliki jati diri dan keyakinan serta diperakui. Malah, proses untuk menjenamakan SAKTI telah nampak sinarnya. Bukan juga bermakna, perjalanan SAKTI ini tidak beranjau dan berduri. Onak, duri, ranjau, semalu, dedalu tetap wujud. Namun, bagaimana menjadikan cabaran sebagai peluang itulah sebanarnya yang menjadi sebahagian rahsia kesaktian SAKTI.
Akhirnya, khusus untuk rakan-rakan dan warga SAKTI, anda sebenarnya memiliki kehebatan, ibarat kerbau bertanduk; rotan beronak. Serlahkanlah kehebatan yang ada melalui pelbagai cara yang tersedia. Ruang dan peluang sentiasa menunggu untuk diisi dengan kehebatan potensi diri. Berbanggalah menjadi sebahagian warga SAKTI yang sakti dan kita akan sama-sama mencipta sejarah…..
Yang capik datang bertongkat,Yang buta meraba-raba,Yang tuli leka bertanya, Yang kecil terambil lintang,Yang jarak tolak-tolakan, Yang pendek tinjau-tinjauan, Yang kurap mengekor angin.
TAHNIAH atas 2 penganugerahan KPM yang diterima iaitu Tawaran Baharu Untuk Pengetua dan Sekolah Kluster Kecemerlangan.

SEKILAS BERITA: AL-FATIHAH ALLAHYARHAM MOHD SYAFIQ SAMSUDDIN
Tuesday, September 20, 2011
anakalanangsakti: PENGETUA CEMERLANG, TN. HJ HASSAN BIN TOPIT
Apa yang dijahit menjadi baju.
Apa yang ditanam cepat tumbuh,
Apa yang disiram, basah,
Apa yang dijemur, kering
Apa yang dibakar, hangus,
Apa yang ditiup, terbang,
Apa yang dikait, serta-merta jatuh,
Apa yang dijerat, terus mengena.
Apa yang dipinta, semuanya jadi.............
anaklanangsakti: 3+1
Adat orang bekerja bersama-sama,
Masing-masing menyumbangkan tenaga,
mengikut kepandaiannya.
Yang pandai mengarah,
maka mengarahlah dia.
Yang pandai merancang,
maka merancanglah dia.
Yang pandai mengarang,
maka mengaranglah dia.
Yang pandai menghias,
maka menghiaslah dia.
Yang pandai menghidang,
maka menghidanglah dia.
Yang pandai bercakap,
maka bercakaplah dia.
tanpa anda, ada kerja yang tak menjadi.
Terima kasih.
Monday, September 19, 2011
SEKILAS BERITA: SAMBUTAN AIDILFITRI @ KEMERDEKAAN 2011
Menyampaikan hadiah kepada pemenang
pertandingan sempena Bulan Kemerdekaan
Hj Baharum, Pengetua SMKBP.
Terima Kasih kerana sudi hadir ke Rumah Terbuka kami.
Juga kepada Hjh Rusidah, Pengetua SMKLH.
Maaf terpaksa duduk di luar.
Gembira dengan kehadiran tetamu....TQ
Aidilfitri 1
Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Sambutan Kemerdekaan telah dilangsungkan di Dewan Sri Balau pada 14 September (Rabu), bermula jam 8.00 malam. Buat pertama kalinya, pada tahun ini kedua-dua sambutan telah diadakan secara serentak. Beberapa acara yang melibatkan pelajar turut diadakan selain majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sempena Bulan Kemerdekaan SAKTI 2011.
Aidilfitri 2
Sempena lebaran yang mulia, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada rakan taulan dan kenalan, andai ada keterlanjuran kata semasa bicara, dan yang terguris rasa sepanjang kita bersama. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis rumah terbuka tempohari. Semoga persahabatan dan persaudaraan kita akan terus berkekalan. AMIN.
Tuesday, September 13, 2011
SEKILAS BERITA : SEMOGA MOHD SYAFIQ SAMSUDDIN CEPAT SEMBUH
Pengetua menyampaikan sedikit sumbangan daripada warga SAKTI
Penderitaan yang ditanggung dirasai oleh semua warga SAKTI
Pada 26 Ogos 2011 (Jumaat), rombongan dari SAKTI yang diketuai sendiri oleh Tn Hj Hassan bin Topit bersama beberapa orang guru dan staf telah berkunjung ke rumah Mohd Safiq bin Samsudin di Felda Inas Kulai. Mohd Safiq merupakan pelajar SAKTI yang mengalami kecedaraan semasa mewakili daerah dalam pertandingan ragbi peringkat negeri pertengahan tahun ini. Kunjungan yang turut disertai oleh wakil PIBG telah memberikan sumbangan hasil kutipan guru, staf sokongan, pelajar dan PIBG. Semoga Mohd Safiq akan cepat sembuh dan dapat meneruskan persekolahan di SAKTI.
Wednesday, September 7, 2011
SEKILAS BERITA: Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran Bil. 09/2011
- TAHNIAH!!!! kepada semua warga sekolah yang berusaha keras sehingga menerima Anugerah Baiah Pengetua.
- Anugerah akan disampaikan oleh Tim. Perdana Menteri pada 13 Sept 2011.Bimbingan kepada guru dan staf baharu mesti diteruskan bagi memastikan warga sekolah bergerak dalam satu matlamat.
- Rujuk semula 6 matlamat strategik JPNJ.
- Barisan pengurusan pendidikan berintegriti.
- Sumber manusia yang berkualiti.
- Mempunyai kemudahan pendidikan berkualiti.
- Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.
- Melahirkan insan berkualiti
- Mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran & penilaian
- Pembentangan headcount dan post mortem SPM.
- Pembentangan headcount dan post mortem PMR.
- Tender kantin telah dibuka. Tarikh tutup 22 Ogos lalu.
- Sambutan Hari Raya akan digabungkan dengan Sambutan Ambang Merdeka pada 14 Sept.
- Hari Bersama Pelanggan dan Solat hajat tingkatan 3 dan 5 pada 30 Sept.
- Perkhemahan fasilitator di Sg Lebam pada 9 hingga 11 Sept.
- Program Perfect Score SPM akan diadakan di Asahan Melaka.
- Pengurusan stress pelajar tingkatan 3 dan 5 pada 8 dan 9 Sept.
- Mock Interview tingkatan 5 pada 10 Sept (Sabtu)
- Perunding kerjaya kepada pelajar tingkatan 5 pada 12 Sept (Isnin)
Monday, September 5, 2011
anaklanangsakti : Hikmah Syawal
anaklanangsakti: Anak Bapak
Melihat aksinya di hadapan kemera ramai yang boleh menjangka kerenah dan perangai sianak bujang ini. Penat dan letih melayannya tetapi amat menyeronokkan. Memandangkan usianya baharu 6 tahun, ditambah dengan "manjanya" yang berlebihan, kami sekeluarga tidak pernah menjangka sibungsu ini akan membuat kejutan pada Ramadan kali ini. Biarpun tak sempurna sebulan menahan lapar dan dahaga, namun sikecil ini mampu menyempurnakan 17 hari berpuasa. Syabas NAZHAN.....anak bapak.
Wednesday, August 10, 2011
anaklanangsakti :BABI @ KHINZIR
Salah satu keunikan haiwan ini ialah kerana namanya. Dalam masyarakat Melayu kita, menyebut nama haiwan ini amat sukar sekali. Walau pun cuma dua suku kata, tapi impaknya cukup besar. Menyebut namanya saja boleh mencetuskan pertelingkahan dan permusuhan. Terutama bila tak kena pada tempat atau masanya. Bagi manusia Melayu yang menjaga tata susila bahasa dalam kehidupan, nama haiwan ini jarang malah mungkin tak pernah diucap sepanjang hayatnya. Kalau pun teringin sangat, mereka sanggup mencari perkataan-perkataan lain yang seerti …khinzir, kaki pendek dll. Bagi anak-anak kecil, mereka sudah terasuh supaya tidak menyebutnya. Biasanya, mereka tidak pernah nak bertanya atau mempertikaikan kenapa dan mengapa nama haiwan ini tak boleh disebut. Biarpun untuk tujuan pembelajaran, anak-anak pastinya akan menyisihkan haiwan malang ini. Pendek kata, daripada pelempang naik ke muka, lebih baik mendiamkan diri dari menyebutnya.
Bercerita tentang haiwan ini dari sudut agama lagi keras hukumnya. Biarpun masih boleh disebut, tetapi tak boleh dipegang sesuka hati. Haiwan ini bukan seperti kucing yang boleh dibela, dibelai, dimanja atau dibiarkan bebas keluar masuk rumah. Juga bukan seperti lembu, kambing yang boleh dimakan dagingnya malah wajib dizakatkannya bila cukup tempoh. Seperti anjing, hairaiki najisnya juga berada pada kedudukan yang tertinggi. Bukan setakat dibasuh hingga bersih tetapi ada syarat-syarat tambahan untuk mensucikannya……..samak. Itulah ‘hebatnya’ haiwan ini.
Sebab itulah, bila nampak saja haiwan ini memasuki kawasan SAKTI, kami khususnya penghuninya tak boleh duduk diam. Kami akan menggunakan apa saja cara untuk menghapuskannya. Panggil pemburu, cuma menghabiskan peluru . Lubang perangkap pernah dicuba, tapi tak berjaya. Dihalau dengan cara baik, tak diendahkannya. Akhirnya, terpaksalah kami bubuh racun dalam “periuk nasinya”…..lihatlah apa yang berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)